22/5/2025
Bismillahirrahmanirrahim...
Harini masa daycare saya rasa bersyukur Alhamdulillahi rabbil a'lamin (segala puji hanyalah bagi Allah iaitu Tuhan sekalian alam) sebab Siti Nor Aisyah, Hana Humaira, Amna, Siti Ameerah, Umar Iman fokus dengar cerita saya sampai abis. Saya tau ada ramai lagi yang tunggu dan dengar dekat situ. Tapi Allah izinkan saya nampak dan perasan 5 orang tu je. Alhamdulillah ya Allah atas nikmat kehadiran insan-insan ini. Saya jadi sedikit yakin untuk menyampaikan sesuatu tentang akhirat. Saya terangkan tentang perjalanan hidup manusia dari alam ruh, alam kandungan, alam dunia sehingga ke syurga atau neraka. Ada yang nampak bersemangat nak tau. Ada yang main2 dekat belakang dan taknak duduk. Tapi saya sedar saya tak boleh paksa dorang. Sekiranya Allah izinkan, Allah izin. Tapi kalau Allah tak izin, takkan jadi juga. Saya terharu sebab dorang baru je umur 4-6 tahun. Tapi tumpuan yang dorang berikan tu buat saya rasa touching. Tenang ye wahai hati.. (pujuk saya kepada hati saya) Saya memang rasa rushing dan urgent sangat nak semua orang tahu dari A sampai Z. Tapi saya tak mampu lah nak bantu sedetail tu dekat semua dorang. Saya rasa circle usrah seramai 4-5 orang insyaAllah akan membantu..
Alhamdulillah saya tengok Siti Nor Aisyah fokus sangat nak tau apa yang saya nak sampaikan dekat dia. Alhamdulillah saya tengok Hana Humaira macam nak tau lebih sampai senget kepala dia tengah berfikir. Alhamdulillah saya tengok Siti Ameerah excited nak baca apa yang saya tulis dekat papan. Alhamdulillah saya nampak Amna duduk dekat saf yang saya minta dia duduk dan cuba untuk stay still juga mendengar dan saya nampak umar iman duduk juga dekat situ.
Ya Allah maafkan aku kerana tamak nak ramai-ramai audiens sedangkan aku pun takkan mampu nak handle semua yang ada dekat situ. Astaghfirullahal azim. Perancangan Allah juga yang Maha Terbaik. Allah Maha Baik. Semoga Allah izinkan juga saya menjadi tangan-tangan yang menyambung perjuangan dakwah Rasulullah & para sahabat. Ya Allah gunakanlah seluruh jasad dan kurniaanMu pada aku ini untuk agamaMu Ya Allah. Aamiin yra.
Comments
Post a Comment