Bismillah, assalamualaikum
"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"
Bayangkan manusia itu ibarat,
Di sebuah sekolah tadika,
(analogi: sekolah tu 'dunia')
dan kita
(analogi: seluruh manusia, sama ada MUSLIM atau non-muslim)
cuba mendaftar untuk belajar di sekolah tersebut
(analogi: bayi yang dilahirkan ke dunia)
Ada yang berjaya dan ada yang tak berjaya didaftarkan di sekolah
(analogi: Ada yang bayi yang berjaya lahir di dunia, dan ada bayi yang tidak berjaya lahir ke dunia)
Mungkin yang tidak mahu / tidak berjaya mendaftar sekolah tu kerana kemiskinan hidup / kanak-kanak yang menghidap penyakit di usia yang muda sehingga memerlukan rawatan dan ditahan di wad.
(Analogi: bayi yang keguguran dalam rahim atau meninggal ketika bersalin / bayi yang terbiar)
Semua kanak-kanak ni masih belum faham tujuan mereka ke sekolah. Tapi penjaganya telah mengingatkan dahulu tentang apa yang akan dilakukan di sekolah beberapa hari / minggu / bulan sebelum mereka masuk ke sekolah.
(Analogi: Semua bayi itu fitrahnya lahir sebagai seorang MUSLIM sama ada bayi yang lahirnya dari keluarga MUSLIM atau non-muslim. Tetapi ALLAH iaitu Tuhan sekalian alam dah terlebih dahulu memberitahu tujuan hidup kita sebelum kita dilahirkan ke dunia).
Surah Az-Zariyat 51:56 (Abid) Surah Al-Baqarah 2:30 (Khalifah)
Ada ramai kanak-kanak dari pelbagai latar belakang: anak-anak yang jenis genius, ada yang cepat tangkap apa yang dia belajar tapi masih perlu untuk bersekolah, ada anak-anak yang lambat tangkap, ada anak-anak yang mengalami gangguan disleksia, ada anak-anak yang takut nak belajar, ada anak-anak yang lebih suka bermain daripada belajar dan macam-macam lagi.
(Analogi: ada pelbagai jenis MUSLIM: ada bayi yang memang didedahkan dan diajar tentang ISLAM serta keluarganya juga taat terhadap suruhan agama ISLAM, ada yang berasal dari keluarga yang faham ISLAM tapi masih bercampur, ada keluarga yang pernah dengar tapi belum memahami sepenuhnya tentang ISLAM dan memerlukan proses, ada yang diajar oleh ibu bapa tentang ISLAM tapi ditunjukkan contoh yang tidak betul sehingga anak-anak keliru, ada anak-anak yang fobia tentang ISLAM sehingga membina elemen perkauman, ada anak-anak yang MUSLIM tetapi dia lebih suka kepada hiburan sehingga lupa tujuan utama lahir di dunia).
Di sini min tinggalkan satu persoalan kepada korang:
Kita ni 'bayi' dalam situasi yang mana di dunia ni?
Terminologi yang perlu difahami dan dihayati:
1. Allah
2. Islam
3. Muslim
Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi laman ini☺.
Jazakillahi khair (Semoga segala kebaikan kembali kepada anda)
Comments
Post a Comment