Skip to main content

Posts

Showing posts from December 24, 2023

Terapi Solat 1 : Convert 'Lalai Dalam Solat' kepada 'Khusyuk Dalam Solat'

Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" QS Al-Ma'un, 107: 3-4 فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ ٤ Maka celaka lah orang yang solat ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ٥ (Iaitu) orang yang lalai terhadap solatnya (Celaka) Maksud lalai :   - Tidak hiraukan kerja / tugas  - Sengaja lambat-lambatkan / melengah-lengahkan - Tidak berhati-hati - Leka - Lupa - Tidak sedar - Tidak mempedulikan / tidak mengambil berat / tidak mengambil tau - Tidak bersungguh-sungguh (Beruntung) Lawan untuk perbuatan lalai : - Bertanggungjawab dengan perbuatan sebelum, semasa dan selepas solat - Mempercepatkan langkah untuk menunaikan solat - Bila dalam solat: berhati-hati dalam setiap perbuatan / tingkah laku dalam solat (Tidak terkejar-kejar) - Peka dengan apa yang dibaca - Ingatkan diri apa yang saya sedang fokuskan sekarang? 'Allah' kan? - Fahamkan bacaan dalam solat - Ambil tau apa maksud daripada bacaan dalam solat - Bers