Skip to main content

Terapi Solat 1 : Convert 'Lalai Dalam Solat' kepada 'Khusyuk Dalam Solat'

Bismillah, assalamualaikum

"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"


QS Al-Ma'un, 107: 3-4

فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ ٤
Maka celaka lah orang yang solat

ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ٥
(Iaitu) orang yang lalai terhadap solatnya


(Celaka)
Maksud lalai : 
- Tidak hiraukan kerja / tugas 
- Sengaja lambat-lambatkan / melengah-lengahkan
- Tidak berhati-hati
- Leka
- Lupa
- Tidak sedar
- Tidak mempedulikan / tidak mengambil berat / tidak mengambil tau
- Tidak bersungguh-sungguh


(Beruntung)
Lawan untuk perbuatan lalai :
- Bertanggungjawab dengan perbuatan sebelum, semasa dan selepas solat
- Mempercepatkan langkah untuk menunaikan solat
- Bila dalam solat: berhati-hati dalam setiap perbuatan / tingkah laku dalam solat (Tidak terkejar-kejar)
- Peka dengan apa yang dibaca
- Ingatkan diri apa yang saya sedang fokuskan sekarang? 'Allah' kan?
- Fahamkan bacaan dalam solat
- Ambil tau apa maksud daripada bacaan dalam solat
- Bersungguh-sungguh

Maksud khusyuk / fokus :
- Terlalu asyik dengan sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain 
- Terlalu seronok 
- Penuh minat dan sepenuh hati
- Menumpukan perhatian
- Menghadap dengan penuh hormat
- Tawadduk : merendahkan diri, tidak sombong, patuh, setia, taat.



Analogi solat: Macam sesi kaunseling dengan Pencipta Makhluk (iaitu ALLAH).

  • Bayangkan macam tengah bersembang antara kita dan Allah je.

  • Bayangkan macam tengah melaporkan keadaan kita hari ini kepada Pencipta.

  • Bayangkan macam kita tengah mengadu tentang apa yang jadi pada kita hari ini dekat Pencipta.

  • Sesi meminta nasihat daripada Allah (biasanya dipanggil Istikharah).

Soalan: Tapi dalam solat 5 waktu, tak boleh ke buat benda ni?

  • Boleh minta apa yang kita nak sebab Allah Maha Kaya.


Checklist Mutabaah Amal dalam Solat: 

Urutan

LALAI

KHUSYUK / FOKUS

Tick


Lupa

Ingatkan diri apa yang sedang kita fokuskan sekarang? 'Allah' kan?



Tidak hiraukan kerja / tugas 

Bertanggungjawab dan fahamkan tentang perbuatan sebelum, semasa, selepas solat



Sengaja lambat-lambatkan / melengah-lengahkan solat

Mempercepatkan langkah untuk menunaikan solat



Tidak hati-hati

Bila dalam solat: berhati-hati dalam setiap perbuatan / tingkah laku dalam solat

(Tidak terkejar-kejar. Maksudnya: Ada tomakninah)



Leka

Peka dengan apa yang dibaca dalam solat



Tidak sedar

Sedarkan : Fahamkan bacaan dalam solat



Tidak mempedulikan / tidak mengambil berat / tidak mengambil tau

Ambil tau apa maksud daripada bacaan dalam solat



Tidak bersungguh-sungguh

Bersungguh-sungguh sebab ni satu-satunya sesi kita berdua dengan Allah.




Aktiviti:

Saya nak ajak korang dan diri saya untuk betulkan solat wajib kita dulu. Solat sunat korang tu, ikut korang lah kalau nak tambah. Sebab insyaAllah saya ada banyak benda nak cerita dekat korang (macam hikmah/ tujuan/ sebab/ dll) untuk list ni. Tapi, insyaAllah kita akan mula satu-satu. Bismillah.

  • Korang boleh je kalau nak susun ikut list yang korang nak buat dulu. Sebab semua ni antara korang dengan Allah, kan? Saya tak boleh masuk campur urusan individu. Sebab keseluruhan diri korang pun, Allah yang gerakkan. Saya hanya share untuk memberi motivasi kepada korang untuk bergerak atau buat perubahan.

  • Saya pernah dengar ustaz kata, kalau kita nak betulkan hidup kita, kita kena betulkan dari solat dulu. Saya rasa maksud ustaz, betulkan hubungan dengan Allah dulu.
Korang tau tak, maksud tersusun hidup tu, dia macam kita masukkan setiap kepingan jigsaw puzzle tu pada tempat dia sehingga semuanya masuk pada tempat yang betul dan tak bersepah lagi.


Pernah tak, benda macam ni berlaku dekat korang?
Semalam korang ada banyak sangat assignment, so korang siapkan lah assignment tu sampai 3-4 pagi. Tapi korang lupa yang esok untuk lab, korang kena prepare juga jotter dan kena fahamkan semua reagent/solution yang akan guna dalam experiment. Dan nak jadikan cerita, esok tu memang kena sangat.. Korang yang kena explain semua functions reagent/ solution tu. Tapi korang tak cari pun lagi. Waktu ni rasa macam nak cair dah satu badan korang tu.

Tapi tau tak, lepas kita baiki semua hubungan kita dengan Allah, Allah akan baiki semua urusan tentang kehidupan kita termasuk benda-benda yang akan berlaku dalam hidup korang yang akan datang nanti. Sehinggakan benda yang korang tak pernah terfikir pun, Allah dah terlebih dulu buatkan korang berfikir dan bersedia beberapa hari/ minggu/ bulan/ tahun yang lepas. Dan Allah letakkan situasi dan penyelesaian yang sesuai pada tempatNya dan masaNya. Tiba-tiba, bila korang berhadapan dengan sesuatu situasi yang mencabar, insyaAllah pada masa tu korang dah tak rasa kelam kabut atau gugup lagi sebab Allah dah aturkan penyelesaian untuk korang dan Allah jadikan korang lebih bersedia dengan apa-apa keadaan dari awal lagi.

Maybe ada yang tak percaya, tapi korang boleh buktikan sendiri. Caranya try betulkan hubungan kita dengan Allah dulu melalui solat.

Sekiranya ada yang tanya:
Dalam solat, analoginya kita macam bersembang, mengadu, dan berborak dengan Allah.
Tapi macam mana nak tau solutionnya atau apa yang Allah kata?
Caranya : baca, faham dan tadabbur Al-Quran. Sebab ayat Al-Quran ni, walaupun korang dah pernah tadabbur sebelum ni dalam situasi A, tapi kalau korang tadabbur semula dalam situasi B, dia akan bagi perasaan berbeza. Dan kadang-kadang tu tepat sangat dengan situasi korang. Sebab Al-Quran ni adalah kalamullah (kalam Allah = kata-kata Allah).

Saya tak nak cerita panjang lebar. Situasi yang saya bagi tu, sebenarnya adalah bukti yang real dan dah pernah berlaku. Dan untuk korang nak percaya atau tak, korang kena try dulu dekat diri sendiri. Sebab bila dah try, baru kita tau sesuatu benda tu betul ke tak.


Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi laman ini 😁. 

Jazakillahi khair (Semoga segala kebaikan kembali kepada anda)


P/S: Dalam entri ni ada 2 keyword penting iaitu: 

1. SOLAT (Manusia berinteraksi dengan Allah)

2. BACA, FAHAM, TADABBUR AL-QURAN (Allah berinteraksi dengan kita) dan terus masuk ke dalam hati. 

InsyaAllah explanation yang panjang akan menyusul pada waktu yang diatur olehNya.



Comments

Popular posts from this blog

Blog 2 || Course Biologi Sel dan Molekul UPM?

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Bidang Biosel Molekul (Biologi Sel dan Molekul)? Pasal apa tu? Hah, untuk adik-adik yang sedang mengisi permohonan UPU atau dah dapat tawaran dalam course ni, meh sini akak nak cerita sikit. Bidang ni seronok untuk orang yang minat:      1. Membaca journal / artikel     2. Eksperimen     3.  Menaip lab report dan seorang introvert. Ehh, hahaha yang ekstravert jangan salah faham😂. Hangpa pun boleh join. Meh ler kenal-kenal dengan course ni! Sebelum tu, akak ni pelajar tahun 2 Biologi Sains Sel dan Molekul di UPM. Akak dapat tawaran course ni pilihan yang ke 7 senanya. Tapi takpe. Alhamdulillah dapat juga tawaran belajar. Ada yang sama dengan akak ke? Boleh ler komen di bawah. Sebenarnya waktu akak tahun 1, subjek yang akak belajar banyak related dengan mikroorganisma , sel , pastu...

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 1 Biologi Sel dan Molekul Saya!

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Terus je na ke topik kita. Ni adalah senarai topik yang akak belajar time sem 1 tahun 1. Tapi akak belajar dalam bahasa Inggeris. Yang English biasa-biasa tu, sama lah kita. So, jangan lupa adakan kamus untuk dirujuk. Akak belajar guna google translate je. Tapi kan, akak nak bagitau, ada subjek-subjek ni yang relate to each other. So, untuk fahamkan notes, kalau boleh jangan pilih-pilih subjek mana yang korang suka sebab mana-mana subjek pun penting.  Untuk semester 1 ni, mode semua subjek adalah berbentuk kuliah. Jadi di sinilah korang akan grab knowledge sebanyak mungkin sebelum masuk lab. Dulu waktu awal-awal sem 1, kitorang dah didedahkan dulu dengan jenis mikroskop yang kita akan guna in future. Mikroskop ni ada dekat Institut Biosains UPM (IBS).  So, ini topik yang akak belajar dulu da...

Frequently Ask Question (FAQ) tentang Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul.

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, a ssalamualaikum geng!  "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Entri kali ni agak panjang. Jadi bolehlah sediakan air atau kudapan hahaha. 1. Apa beza course 'Bachelor of Science in Cell and Molecular Biology (Hons)' dengan 'Bachelor in Biology (with hons)' yang pure biology tu? Akak pernah tanya kawan-kawan akak dari Bachelor in Biology ni masa akak buat internship dekat MGVI. Dorang kata, benda yang dorang belajar agak umum. Tapi course dorang masih ada belajar serba sedikit pasal course kita macam tissue culture (UPM/ UMT). Tapi, basically kawan akak dari UMT kata, untuk course Bachelor Biology ni, kena sambung belajar lagi untuk lebih berfokus dalam career. Berbeza dengan Course Bachelor of Science in Cell and Molecular Biology ni, sebab dari first year lagi dah berfokus kepada hanya sel & molekul, gene, protein, microbe,...

Blog 5 || Dari Kolej Serumpun ke Kolej Canselor..

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" **Sebelum mula, sedikit maklumat tambahan untuk adik-adik.

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 4 Biologi Sel dan Molekul Saya!

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" 1. BSM3203 Teknik Penyelidikan dalam Biologi Molekul Topic 1 Properties & Analyses of Nucleic Acid Topic 2 Nucleic Acid Extraction Topic 3 DNA / RNA Blots, Hybridisation & Probe Labelling Topic 4 DNA Fingerprinting & Molecular Marker Topic 5 cDNA Library Construction & Screening Topic 6 Hybridization & Detection (Video only) Topic 7 DNA Sequencing (Video only) Virtual Lab (Game) Topic 8 Expressed Sequence Tags (ESTs) DNA Microarray Methodology (Video only) DNA Microarray (Video Only) Topic 9 cDNA Microarray Topic 10 Real-Time PCR (qPCR) Practical Note qPCR Topic 11 Protein Gel Electrophoresis Topic 12 In Vitro Protein Translation Lab Manual :  2. BSM3401 Kultur Sel & Tisu Haiwan Lecture Notes:  Topic 1 Introduction to Animal Tissue Culture Topic 2 Laboratory Layo...

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 3 Biologi Sel dan Molekul Saya!

  Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" 1.  BCH3002 Biokimia Komprehensif ll Topic 1 Photosynthesis Topic 2 Introduction to Metabolism Topic 3 Carbohydrate Metabolism Topic 4 Amino Acid & Protein Catabolism (Part 1) Topic 5 Amino Acid & Protein Catabolism (Part 2) Topic 6 Biosynthesis of Amino Acid Topic 7 Bioenergetic & Thermodynamic Topic 8 Nucleotides Metabolism (Part 1) Topic 9 Nucleotides Metabolism (Part 2) Topic 10 Nucleotides Metabolism (Part 3) Topic 11 Lipid Metabolism 2.  BSM3501 Kultur Sel & Tisu Tumbuhan Lecture Notes:  Topic 1  Introduction to Plant Tissue Culture Topic 2 Tissue Culture Medium Topic 3  Application of Plant Tissue Culture Technology in Agroindustry Topic 4  Totipotency Topic 5 Organogenesis &  Somatic Embryogenesis Topic 6  Protoplast Culture Topic 7  Embryo Culture Topic 8  Anther Culture & Ovule Culture Topic 9 ...

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 6 Biologi Sel dan Molekul Saya!

  Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" 1. BSM4502 Biologi Sel & Molekul Tumbuhan Gunaan  (belajar aplikasi) Topic 1 Introduction to Plant Biotechnology Topic 2 Development & Design Transgenic Plants Topic 3 Vector Design & Construction Topic 4 Promoter & Marker Gene Topic 5 Analysis of Transgenic Plants Topic 6 Molecular Markers Topic 7 Genome Editing Topic 8 Omics Technologies Topic 9 Functional Genomics Lab Manual 2. BSM4203 Diagnostik Molekul (Menggunakan kemahiran yang ada untuk kenalpasti penyakit)  Topic 1 Introduction to Molecular Diagnostics Topic 2 Application of PCR Technology in Molecular Diagnostics Topic 3 Principles & Application of Flow Cytometry Topic 4 Molecular Oncology - Introduction to Cancer Biology Topic 5 Gene & Chromosomal Mutations in Solid Tumors Topic 6 Molecular Cytogenetics - Technique for Detection of Chromosomal Abnormality Topic 7 Human Leukocyte Ant...

Blog 1 || My First Blog!!

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum geng! Orait, so sebelum mula, kita selawat dulu na. Dapat sama-sama kumpul pahala, kan? "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad."  Hah sekarang baru boleh mula. Harini sebenarnya Sya excited sangat sebab ni kira first time ni buat blog. Tapi kan, tak tau nak buat content apa dengan blog ni sebab tujuan utama Sya try buat blog ni pun sebab nak explore macam mana benda ni berfungsi. Orait takpe, apa kata hari ni kita sembang-sembang je dekat sini. Sambil-sambil tu kita asah bakat menulis ceq na. 😉 Sebenarnya, ada satu hari tu, time dengar forum kerjaya pasal bidang Sya, ada satu point dalam forum tu, dia tekankan tentang kemahiran yang graduan perlu ada untuk kerja nanti. Memandangkan Sya tak tau nak kerja apa lagi nanti, so Sya nak cuba-cuba lah explore sebanyak mungkin skill yang boleh . Sebenarnya, untuk bidang Sya banyak yang r...

Diary As Student || Saya Stop Blogging Sekejap ye.. InsyaAllah Nanti Saya Update Semula

  UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Hi semua! Mungkin ramai yang belum tahu.. Sebenarnya saya masih lagi student degree yang akan berada di Semester 1 tahun 3 pada sem yang akan datang. Pada 18 Oktober ni saya akan mula kelas secara hibrid semula. Jadi, untuk sementara waktu ni mungkin saya akan berehat sekejap dari blogging atas sebab nak beri tumpuan pada pelajaran saya. InsyaAllah saya akan start semula blogging bila ada masa santai atau cuti semester nanti. Sehingga bertemu korang semula pada blog yang akan datang. Saya tak sabar nak dapatkan lebih banyak pengalaman untuk share dengan korang semua. Ohh ya, korang jangan segan-segan untuk tinggalkan soalan atau cadangan untuk penambahbaikan blog saya ni. Doakan perjalanan saya sebagai student dipermudahkan untuk semester-semester yang akan datang ni ye. Semoga segala keba...