UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME".
Bismillah, assalamualaikum geng!
"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"
Entri kali ni agak panjang. Jadi bolehlah sediakan air atau kudapan hahaha.
1. Apa beza course 'Bachelor of Science in Cell and Molecular Biology (Hons)' dengan 'Bachelor in Biology (with hons)' yang pure biology tu?
Akak pernah tanya kawan-kawan akak dari Bachelor in Biology ni masa akak buat internship dekat MGVI. Dorang kata, benda yang dorang belajar agak umum. Tapi course dorang masih ada belajar serba sedikit pasal course kita macam tissue culture (UPM/ UMT). Tapi, basically kawan akak dari UMT kata, untuk course Bachelor Biology ni, kena sambung belajar lagi untuk lebih berfokus dalam career. Berbeza dengan Course Bachelor of Science in Cell and Molecular Biology ni, sebab dari first year lagi dah berfokus kepada hanya sel & molekul, gene, protein, microbe, virus dan beberapa perkara lain, jadi keseluruhan course akan difokuskan ke arah itu.
[Itu dulu buat masa ni. InsyaAllah explaination akan ditambahbaik dari semasa ke semasa].
2. Kalau ambil course Biologi Sel & Molekul ni boleh dapat kerja yang macam mana?
Adik-adik boleh refer video ni untuk tahu lebih lanjut. Sila tekan mana-mana di bawah untuk ke laman video.
Study Molecular and Cell Biology
Advice on Developing a Career in Molecular and Cell Biology.
Based on info kerjaya yang akak dapat daripada bahagian kaunseling UPM, course ni sesuai untuk jawatan seperti saintis perubatan, ahli mikrobiologi dan juga ahli genetik.
Kerjaya lain yang akak dah pernah tengok / baca adalah pekerjaan sebagai
i. Penganalisis sampel molekul dari pesakit :
Bekerja di lab hospital dan menganalisis sample dari pesakit (contoh sample : urine, darah, mucus dll)
ii. Pembantu kajian / Research Assistant
membantu dalam projek / kajian di makmal
iii. Pengkaji / saintis
iv. Jurutera 'Organ 3D Bioprinting' melalui pembiakan kultur sel tisu mengikut organ yang diperlukan
untuk menyelesaikan masalah pesakit yang memerlukan bantuan pemindahan organ / organ transplant
v. Perunding tanaman tisu kultur dengan petani / pekebun
vi. Pembuat ubat-ubatan
berawal dengan kajian terdahulu dari researcher
vii. Pensyarah
viii. Usahawan produk bioteknologi
berawal dengan kajian terdahulu dari researcher kemudian promosi & pemasaran produk kajian
ix. Ilustrator Komik / Animasi sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) di sekolah / universiti
perlu banyak membaca dan fahami isi bahan bacaan untuk subjek-subjek Biologi Sel dan Molekul sebelum ubah kepada gambaran animasi komik atau animasi bergerak.
x. 'Penulis Skrip Komik / Animasi' sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) di sekolah / universiti
perlu banyak membaca dan fahami isi bahan bacaan untuk subjek-subjek Biologi Sel dan Molekul sebelum ubah kepada penceritaan animasi komik atau animasi bergerak.
xi. Juruteknik makmal
xii. Pembantu makmal
xiii. Ahli Bioinformatik
menganalisis data secara in silico (dalam database)
xiv. Jurutera genetik / Jurutera protein
Tapi akak pegang kata-kata lecturer akak dulu, iaitu Dr Janna, ''you belajar je lah apa-apa bidang dalam biotech ni, lepas tu you ambil subject elektif teras apa-apa dalam fakulti ni, sambung master atau PhD yang lari sedikit dari course biologi sel dan molekul ni, ada basic you boleh buat".
3. Apa beza course 'Bachelor in Science Cell & Molecular Biology' ni dengan 'Bachelor in Microbiology'?
- Berdasarkan apa yang akak faham, Bachelor in Science Cell & Molecular Biology ni lebih berfokus tentang kajian expression of DNA, RNA, protein (dalam sel either manusia / haiwan / tumbuhan), kawal atur expression sesuatu gen / protein, teknik kultur tisu tumbuhan / haiwan, ubahsuai gene, ubahsuai protein, pembelajaran untuk penggunaan alat-alat untuk molecular diagnostic sampel seperti darah, urine, mukus, dll.
- Kalau Bachelor in Microbiology ni lebih kepada kajian berkaitan structure bakteria & pelbagai microbe, teknik mengendalikan microbe dalam lab atau environment, dan macam-macam lagi. Dalam kata lain, kalau korang minat nak study tentang penyakit bawaan microbe, cara nak kawal dia, macam mana microbe ni bermanfaat dalam kehidupan dan sebagainya, boleh try. Maaf min tak reti detailkan lagi berkenaan Microbiology ni sebab min bukan dari course tu. Maybe nanti min boleh buat satu entri tentang pendapat student-student dalam jabatan yang berbeza :)
Sebenarnya setiap course dalam Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul ni, akan ada je subjek-subjek yang kita memang kena belajar dari subjek-subjek yang ditawarkan dalam jabatan-jabatan lain sebagai asas. Macam course Biologi Sel & Molekul, kita akan belajar subjek Basic Technique in Microbiology (dari jabatan Microbiology), Biochemistry I dan II (dari jabatan Biochemistry) dan Komersialisasi dalam Bioteknologi (dari jabatan Teknologi Bioproses). Tetapi subjek teras course kita adalah asas yang paling kuat yang kita kena faham.
4. Ada tak nota yang boleh bantu saya untuk semester 1 saya yang akan datang?
Adik-adik boleh rujuk di Blog Study Saya. Tekan link seperti berikut: Blog Study Saya || Topik-topik Sem 1 Biologi Sel dan Molekul Saya!
(Tetapi ini hanya sekadar rujukan mengikut tahun saya belajar. Jadi, kemungkinan terdapat sedikit perubahan mengikut tahun semasa adik-adik).
5. Nasihat / tips untuk pelajar baharu yang akan mendaftar di universiti?
- Kalau mudah terpengaruh, cubalah cari circle yang positif. Biasanya adik-adik boleh jumpa daripada persatuan-persatuan di UPM. Adik-adik boleh join usrah untuk lebih memahami dan tahu tujuan hidup adik-adik. Usrah ni boleh didapati dari persatuan PEMBINA, Al-Huda, PMIUPM, Harmoni UPM, Sahabat Masjid dan macam-macam lagi.
- Boleh sertai banyak-banyak aktiviti, tetapi jangan sampai burnout. Sebab ni boleh menganggu fokus adik-adik untuk study.
- Cari tips pengurusan masa yang baik untuk adik-adik.
- Dah jauh dari parents, macam-macam nak dicuba. Jadi nasihat dari senior, pastikan adik-adik memahami batas sosial adik-adik.
- Tak semua kejayaan masa sekolah dulu, akan kekal sehingga di universiti. Jadi, jangan terlalu selesa dengan kejayaan-kejayaan lepas. Untuk yang pernah gagal / sering gagal, jangan berputus asa untuk mencuba lagi. Dan jangan takut untuk gagal. Sebab dari kegagalan, kita belajar sesuatu. Cuba bangun semula dengan result yang lebih baik, okay! FIGHTINGG!!
- Pastikan pengurusan stres dalam keadaan baik. Cari hobi lain di luar waktu belajar untuk distract sekejap stres adik-adik terhadap pelajaran.
- Adik-adik tak keseorangan. Kalau ada masalah, boleh rujuk kaunselor di Bahagian Kaunseling UPM.
Image screenshot dari website Bahagian Kaunseling UPM
6. Biasanya untuk semester 1 ni, kena prepare apa ye untuk belajar?
- Sediakan buku catatan/ kertas A4/ sketchbook untuk catat nota dalam kuliah.
- Kalau untuk buku rujukan, korang boleh cari dekat 'flat ikan' (gelaran yang pelajar beri untuk tempat beli buku tu. Ada dalam kawasan UPM, Serdang). Tapi, buku rujukan tak diwajibkan beli sebab harga dia yang mahal.
- Jadi, selain dari 'flat ikan', korang boleh dapatkan juga buku / sumber rujukan dekat perpustakaan.
- Korang juga insyaAllah akan dibekalkan dengan lecture notes dari lecturer (diupload dalam Putrablast). Nasihat saya, adik-adik boleh save nota-nota yang lecturer upload ni dalam google drive (emel sendiri bukan emel student na sebab nanti emel student akan deactivate selepas tamat belajar) sebab nanti nota-nota ni akan hilang dari Putrablast untuk sem-sem akan datang. Susun kemas-kemas supaya boleh rujuk untuk final atau sem-sem akan datang. Kalau rajin, boleh print out semua nota-nota dan jadikan buku. Lebih kemas & senang untuk dirujuk nanti!
7. Sepanjang exam dalam course Sains Biologi Sel & Molekul ni, semua soalan ada dalam lecture note ke?
Tak semua soalan datang dari lecture notes. Adik-adik kena buat pembacaan luar dari lecture notes juga. Kadang-kadang, kena relatekan dengan apa yang kita dah belajar sepanjang 1 sem tu. Kadang-kadang soalan application. So, kita kena berfikir macam sesorang yang berada dalam kerjaya atau position tersebut. Macam soalan KBAT (adik-adik mesti dah terbiasa dengan soalan KBAT waktu sekolah dulu. Takpe apply je semula skill tu. Cuma KBAT ni ikut topik yang kita belajar untuk sem tu pula 😊).
8. Nota masa STPM / Diploma / Matrik/ Asasi dulu boleh refer lagi ke? Patut ke saya bawa untuk rujukan?
Semestinya boleh. Kalau adik-adik lupa basic knowledge / topik-topik lepas, adik-adik sangat digalakkan untuk cek nota-nota lepas. Sebab dekat universiti, untuk 1st year memang ada recall sikit-sikit apa yang kita dah belajar time STPM/ diploma/ matrik/ asasi dulu, tapi ada juga yang kita kena recall sendiri.
9. Telco mana satu yang sesuai dekat Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul?
TELCO: Selepas beberapa tahun [Dikemaskini pada 7/9/2023], ni lah pengalaman saya menggunakan beberapa telco yang berbeza setakat ni. Akak pernah guna Celcom, tapi internet macam slow rupanya berbanding dengan Umobile & ONEXOX. Macam lepas akak topup, agak lama sikit internet dia loading. Kadang kena tunggu sampai beberapa jam, baru boleh guna internet (google / youtube). Lepastu, akak tukar kepada Umobile dan alhamdulillah internet dia laju. Sebab lepas akak topup, terus boleh guna internet (tak perlu tunggu beberapa minit / jam). Akak pun pernah terlambat topup data, so akak subscribe untuk 'internet advance', alhamdulillah plan tu pun laju sebab lepas akak topup, akak still boleh cari something dekat google dan tengok youtube (tak slow). Akak pun pernah guna ONEXOX di tahun akhir (guna plan siswa). Sebab masa akak tangguh sem, lama juga tak topup data untuk Umobile. So nombor tu dah lama tak aktif. Alhamdulillah ONEXOX ni pun laju dan data dia valid & applicable untuk 1-2 tahun (masa zaman akak final year. Masa ni, akak aktifkan nombor ONEXOX pada tarikh 7/9/2023 dan bila cek baki, dia, valid sampai Jun, 2025).
WIFI: Tapi jangan risau korang sebab ada sesetengah kawasan di fakulti kita ada access wifi. So, adik-adik boleh access internet di fakulti nanti. (Dan di kolej-kolej kediaman juga alhamdulillah ada disediakan wifi).
💯Kalau ada senior-senior atau korang yang junior (yang tengah baca ni) nak share apa-apa pengalaman telco masing-masing di kemudian hari, nanti jangan lupa lawat semula blog saya dan share di ruangan komen di bawah ye! Saya appreciate sangat kalau ada yang nak membantu junior-junior kita yang lain.
10. Kalau masuk unit beruniform (Kor Sispa / Kor Suksis / Palapes), ganggu tak pelajaran?
Boleh tekan entri Blog 6 || Join Unit Beruniform Kor SISPA ni, Ganggu Pelajaran Tak? untuk penerangan yang lebih jelas.
Kor Sispa : InsyaAllah tak ganggu pelajaran. Perjumpaan biasanya hari Sabtu. Cuma kadang-kadang, bila ada program mega yang perlukan kadet Sispa untuk bertugas, then pengurusan unit beruniform akan sediakan surat pelepasan (surat tunjuk sebab) untuk kadet. Surat ni boleh diberikan kepada lecturer yang adik-adik dah skip kelas. So jangan risau ye. Perjumpaan lain, biasanya waktu malam (tapi jarang-jarang) dan pagi hari Rabu (biasanya pkl 6.30 pagi, lebih kurang setengah jam macam tu).
Kor Suksis : KIV
Palapes : Kalau macam waktu Covid (online) ni, tak ganggu sangat waktu belajar sebab training waktu cuti sem. Unless kalau ada perjumpaan. Kalau ada balik training masa offline hari tu pun, training waktu weekend (dua minggu sekali). Dan kalau ada perjumpaan time kelas, pengurusan unit beruniform akan sediakan surat juga kepada pelajar. ~ Pengalaman kawan saya ~
**Minta maaf kalau explaination untuk Kor Sispa lebih panjang dari unit beruniform lain. Sebab yang tu je saya agak faham, sebab mengikut pengalaman peribadi.
11. Benda penting yang adik-adik kena take note masa taklimat pendaftaran nanti.
- Pengaktifan apps PutraVID.
- Pemberitahuan tentang emel pelajar.
- Pendaftaran kursus di Sistem Maklumat Pelajar (SMP).
- Cek jadual belajar di SMP.
- Cek lecture notes/ assignment/ tutorial/ dll di Putrablast.
- Pengaktifan kad Meal Plan (kalau sistem ni masih ada).
12. Apa fungsi sistem tersebut?
Sistem Maklumat Pelajar (SMP) : Sistem untuk daftar kursus, cek jadual kelas, cek alamat kolej, cek result, cek penyata bayaran yuran, isi borang tangguh sem dan macam-macam lagi. Jangan risau, adik-adik boleh explore sendiri nanti.
Link: e-SMP UPM
Putrablast : Portal untuk cek lecture notes, assignment, tutorial, quiz, dll (yang di 'upload' oleh lecturer).
Link: Putrablast
PutraVID : Kad matrik pelajar. Berguna untuk scan masuk & keluar dari perpustakaan Sultan Abdul Samad, untuk daftar pesakit secara percuma di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan macam-macam lagi.
**Apps boleh di 'install' di dalam telefon pintar korang. Cuma untuk pengguna Iphone, cara install agak berbeza. Boleh dapatkan penjelasan daripada taklimat nanti.
Kad Meal Plan (tiada aktif lagi): Untuk kegunaan membeli makanan di beberapa vendor PutraHolding yang sah.
Link Penerangan tentang kad Meal Plan : https://upm.edu.my/content/mead_plan_card_guides_and_rules-33122
[Dikemaskini pada 7/9/2023]
P/S: Sekiranya ada soalan lain yang masih belum terjawab, korang boleh tambah di ruangan komen & insyaAllah saya akan usahakan mengemaskini blog saya nanti dengan soalan tambahan yang lain.
**InsyaAllah akan cuba dikemaskini semula pada masa-masa akan datang untuk soalan yang masih belum terjawab.
Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi laman ini😊.
Jazakillahi khair (Semoga segala kebaikan kembali kepada anda)
Comments
Post a Comment