Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" {About my overthinking and how its disturb my study} Diary About My Internship # Struggle No 1 (Minggu 1) : Tak Minat Membaca & Buat Slide.. Betul ke? Saya faham apa yang SV saya tegur tentang hasil kerja slide saya tapi saya tak pasti boleh melakukan perubahan secara ke semua sekali dalam masa yang singkat. Keliru? Mungkin juga. Tambah-tambah lagi dengan fikiran yang banyak dan agak mengganggu kepala saya ni. Saya tidak tahu membaca maklumat dengan baik, apatah lagi menyusun informasi yang saya baca, mengklasifikasikan maklumat mana yang penting dan yang mana satu tidak sepatutnya ada dalam slide dan saya juga tidak pandai memahami soalan. Saya selalu rasa tak yakin dengan diri sendiri bila berhadapan dengan tugasan membuat slide dan mempersembahkan hasil kerja saya kepada semua orang. Sebab ayat saya akan berbelit-belit dan tergagap-gagap. Saya terus berfikir...