Bismillah, assalamualaikum
"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"
{About my overthinking and how its disturb my study}
Diary About My Internship # Struggle No 1 (Minggu 1) : Tak Minat Membaca & Buat Slide.. Betul ke?
Saya faham apa yang SV saya tegur tentang hasil kerja slide saya tapi saya tak pasti boleh melakukan perubahan secara ke semua sekali dalam masa yang singkat.
Keliru?
Mungkin juga.
Tambah-tambah lagi dengan fikiran yang banyak dan agak mengganggu kepala saya ni.
Saya tidak tahu membaca maklumat dengan baik, apatah lagi menyusun informasi yang saya baca, mengklasifikasikan maklumat mana yang penting dan yang mana satu tidak sepatutnya ada dalam slide dan saya juga tidak pandai memahami soalan.
Saya selalu rasa tak yakin dengan diri sendiri bila berhadapan dengan tugasan membuat slide dan mempersembahkan hasil kerja saya kepada semua orang. Sebab ayat saya akan berbelit-belit dan tergagap-gagap. Saya terus berfikir tentang "adakah saya dah berjaya menjalani hari saya dengan baik untuk hari ni?" Ye, saya dengan sendirinya memberi markah kepada kemajuan saya untuk keseluruhan hari sebab saya takut orang lain fikir yang saya tak ada usaha untuk berubah.
~ STARTING OF OVERTHINKING ~
( Cuba cek macam mana fikiran saya berfungsi dalam post ni. Cuba bezakan maklumat di atas dan maklumat di bawah. BTW saya baru perasan selepas saya semak semula keseluruhan ayat. Macam mana korang boleh relate? )
Dunia ini seperti perjalanan untuk sentiasa menjadi orang yang lebih baik. Saya pilih untuk tak mahu menjadi masalah kepada orang lain. Itulah sebabnya saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk berdiri sendiri dan berdikari. Ibu saya risau dengan keadaan saya. Orang lain mungkin berfikir bahawa saya perlu sentiasa dikelilingi oleh orang ramai. Tetapi saya cuba sedaya upaya untuk tidak membebankan orang lain. Setiap hari adalah seperti perjuangan bagi saya. Saya perlu tenangkan diri saya dahulu, sentiasa ingatkan diri bahawa Allah bersama saya dan akan memberi jalan keluar untuk saya melalui hari tersebut, sentiasa berfikiran positif, cuba senyum apabila saya rasa kehilangan dan mencari kerja apabila orang lain tidak memberi saya tugas.
Walaupun saya selalu fikir yang saya tidak mampu melakukannya tetapi ada sahaja perkara yang Allah hadirkan untuk tenangkan hati ni. Betul. Allah pasti akan membantu saya dengan segala yang kelihatan tidak mudah bagi saya. Jadi, kenapa saya perlu mengalah? Allah memilih saya secara spesifik untuk mengikuti internship di MGVI ni. Tiada siapa yang menyangka bahawa pesakit psikiatri mampu bekerja. Jadi biar saya buktikan mereka salah.
Hasil kerja slide Week 1 saya : Biorefinery Microalgae
Industrial supervisor saya masa tengok dan baca slide saya tu, mungkin dia agak kecewa. Saya pun takkan lah tak kecewa. Ye lah, saya tak pasti macam mana slide gaya pekerja yang industri nak. Jadi, sekarang ni, jom kita fokus untuk belajar memperbaiki diri menjadi seorang pekerja yang berkualiti dan mahal!
Ye slide tu nampak macam kanak-kanak. Macam saya tengah ulangkaji nota biologi, Chapter Sel dan Molekul. Tapi siapa sangka ada progress yang baik sepanjang 12 minggu saya internship di situ..
Separuh dari kisah dalam entri ni adalah fikiran saya masa hari kejadian 13/3/23. Tapi sebab saya tak ready lagi nak post entri ni, jadi saya sambung semula pada 25/8/23. Alhamdulillah banyak benda yang saya nak share tentang progress setiap minggu yang ada UPs and DOWNs. Sabar jap, entri ni insyaAllah belum berakhir. InsyaAllah juga saya akan sharekan banyak improvement dan perkara yang saya belajar sepanjang di MGVI dengan korang dalam entri yang lain.
Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi laman ini.
Jazakillahi khair (Semoga segala kebaikan kembali kepada anda).
Comments
Post a Comment