Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Hai korang! Korang masuk entri ni mesti sebab korang pernah tangguh sem juga kan? Atau korang tengah rasa down sebab pathway korang dah berbeza dengan kawan-kawan korang? Atau maybe korang tengah risau macam mana nak susun jadual lepas tangguh sem? Don't worry korang.. kita sama lah! Jom saya cerita sikit kisah tangguh semester saya masa masih study degree dan cara nak susun jadual untuk start sem nanti. First of all, benda ni tak pernah berlaku sebelum masuk universiti. Dan alhamdulillah life sebelum universiti saya semuanya dipermudahkan oleh Allah. Sebenarnya selepas masuk universiti pun alhamdulillah Allah permudahkan, cuma saya pun tak sure kenapa benda ni berlaku dekat saya dan kenapa instinct saya sangat kuat untuk buat decision tangguh semester masa kejadian ni berlaku. Saya bukan injured. Bukan juga ada masalah yang melibatkan ditahan wad. Saya juga masi...