Bismillah, assalamualaikum
"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"
Semalam kan baru saya faham kenapa ubat batuk bukan ubat tidur dan tak boleh sesuka hati makan bila kita rasa kita tak boleh tidur. Sebelum saya sambung, saya nak buat disclaimer (penafian) bahawa saya tak makan ubat batuk sesuka hati. Cuma sebab 4 hari ni saya batuk & selesema, so saya pergi pku untuk dapatkan rawatan. Ada 4 ubat yang Dr bagi antaranya ubat batuk. Pada kotak ubat batuk tu dah jelas nyatakan "AWAS MENGANTUK". Tapi, peliknya lepas saya makan ubat, saya tak mengantuk pun, even sakit kepala pun tak. Tapi kawan saya kata, ubat tu mengantuk bila kawan saya makan masa tak sihat haritu.
Reflek semula kepada keadaan anxiety saya, sebenarnya memang tak pelik kalau ubat batuk tidak memberi kesan untuk rehat sebab kepala orang yang mengalami severe anxiety ni kadang-kadang agak bising dan banyak sangat information atau pemprosesan data. Tapi, kadang-kadang kepala saya tak bising dan tak ada apa-apa kerisauan. Cuma saya tak boleh tidur je.
Ini mungkin hanyalah kesimpulan awal. Tapi to be honest, benda ni bukan kali pertama jadi dekat saya. Masa saya first year lepas habis minggu orientasi. Saya pernah juga alami penyakit yang sama iaitu selsema, demam dan batuk. Dan bila saya makan ubat batuk, sepatutnya ubat tu buatkan saya berehat, kan? Tapi, peliknya sebab kerisauan dalam otak (stressor) saya lebih kuat lagi dari ubat. Sampaikan masa tu saya makan ubat pukul 10pm, tapi 5.30am otak saya masih aktif. Pagi tu masa bangun nak solat Subuh, kepala saya dah start pening dan badan start rasa lemah, rasa mual dan nak pitam, pastu jalan terhuyung-hayang. Sebenarnya, saya jadi risau tu bukan sebab sakit je. Tapi, sebab saya dah nak start kelas sem 1 tahun 1 dan perubahan persekitaran really hit me more. Badan jadi lemah tu mungkin sebab banyak tenaga dah habis digunakan untuk otak sampai akhirnya badan dah tak ada tenaga lagi.
Dan tau tak?
First day class (malam semalam tak boleh tidur tu), pagi tu saya jalan kaki dengan kawan-kawan dari Kolej Canselor sampai ke Fakulti Biotek. Hanya petang lepas dah balik kelas tu je, badan saya dah penat sangat, akhirnya tertidur juga sebab kepala dah start sakit.
So, cerita pasal ubat batuk ni kalau yang mengalami severe anxiety, dan dia ada batuk (means dia mengalami sakit biasa macam orang lain), mungkin ubat tu bukan solusi untuk dia rehat tapi hanya solusi untuk rawat masalah batuk sahaja. Tapi orang biasa, kalau dorang makan ubat batuk, dorang boleh rehat sekali sebab ubat tu sat je dah buatkan dorang mengantuk.
So, apa kisah masalah Generalized Anxiety Disorder (GAD) ni?
Ada beberapa jenis ubat yang akan dicadangkan oleh Psikiatri mengikut spektrum kerisauan.
Masa kali pertama saya start makan ubat anxiety, masa tu simptom saya dah teruk sangat sebab saya dah tak tidur dengan betul selama berminggu-minggu. Makna kata ada beberapa hari yang saya memang tak tidur langsung dari pagi sampai malam dan malam bawa ke pagi. Tapi bila badan dan otak saya dah penat, saya mungkin akan dapat tidur yang 'rehat' tu tapi tak lama. Mungkin dalam 30 minit macam tu je dan tiba-tiba otak saya akan start proses semula information yang membuatkan saya terjaga dari tidur. Dan masa saya dapat ubat untuk anxiety masa kali pertama, sebenarnya saya dah lama bertarung dengan tak boleh tidur dengan betul selama berbulan-bulan. Kalau sesiapa yang perasan status whatsapp saya masa 3-4 tahun lepas, ingat tak masa saya banyak menaip dekat status whatsapp tu dari malam sampai ke pagi dan pagi bawa ke malam. Itulah fikiran yang keluar dari kepala saya masa tu. Dan fikiran tu bukan hanya di status whatsapp saya tu je, tapi ada banyak lagi information yang keluar dekat beberapa buku saya yang lain. Masa tu lambat sikit saya start dirujuk ke Psikiatri sebab saya mengalami beberapa proses rawatan fizikal di hospital (sebab simptom fizikal yang teruk), ikut sesi kaunseling di BKUPM, dirujuk ke Hospital serdang dulu untuk autoimmune, dirujuk ke PKU dan akhir sekali baru saya dirujuk ke Psikiatri HPUPM. Lama kan proses ni. bayangkan dah berapa banyak benda yang diproses oleh otak saya pada masa tu. Dan itulah starting point saya buat journalling juga.
Ubat pertama saya dapat tu memang kuat sangat sampai jantung saya rasa cramp, rasa sesak nafas dan susah nak berinteraksi dengan orang. Mungkin tindak balas ubat yang doktor prescribed kat saya masa tu lebih kepada memperlahankan proses otak dan juga degup jantung saya sebab masa tu kepala saya hyper sangat. Teringat lagi masa lepas seminggu makan ubat tu, satu unit badan saya jadi robot sangat dan bergerak dengan sangat perlahan sebab effect ubat tu. Even masa makan pun, bertambah lambat saya kunyah sebab rangsangan untuk bergerak jadi perlahan. Tau tak, saya pernah ada keinginan nak bakar ubat-ubat saya sebab saya rasa semua orang nak bunuh saya hahaha 😂😂😂 Tapi emak saya memang pandai sorokkan ubat dari saya. Masa tu setiap hari saya rasa saya ada konflik dengan parents sebab saya taknak makan ubat, tapi dorang nak saya dengar cakap doktor untuk makan ubat. Even masa tu dorang dah cadangkan makan separuh dose pun takpe. Tapi tu lah, memang di bawah keadaan tu, saya tak boleh kawal diri saya. Everyday rasa macam nak menjerit dan rasa macam nak larikan diri dari rumah tapi malu nak keluar rumah.
Ubat saya yang kedua (lepas seminggu), doktor tukar dan bagi ubat lain yang lebih baik dan kurang side effect. Ubat tu okay cuma biasa lah bila awal-awal makan ubat, dia akan ada side effect macam badan rasa seram sejuk, rasa kebas kat kaki, sampai saya rasa saya tak berpijak di bumi yang nyata. Tapi lepas 4-5 hari macam tu, ubat tu dah ngan dengan badan saya. Dan saya keep on makan ubat tu selama setahun sebab parents saya paksa. Parents saya ni suka dengar nasihat doktor.
Tapi, lepas dari beberapa bulan macam tu, saya cuba nak stop makan ubat sebab masa tu parents saya dah lepaskan saya untuk makan ubat sendiri. Tak silap saya lepas setahun, saya rasa saya dah okay dan saya taknak dah ambil ubat. Saya stop makan ubat sampai 3/6 bulan macam tu.
Nak tau apa jadi lepastu?
Otak saya start hyper semula. Banyak teori-teori baru keluar (metafora). Saya start ambil semula buku saya dan tuliskan semua benda yang keluar. Dan masa tu juga saya rasa urgent untuk share something dengan korang pasal Allah. That is why, status saya 2 sem lepas kembali semula.
Sekarang, saya dapat ubat yang lain lagi. Tapi basically ubat tu memang bagi saya tidur dan tak ada apa-apa side effect. Nak atau taknak, saya memang kena induce dengan ubat untuk tidur dan rehat. Istilah tidur tu sangat penting untuk saya bila saya jumpa doktor. Ada beberapa jenis tidur yang pernah saya alami:
1. Tidur tapi masih ada gangguan berfikir.
2. Tidur yang menghasilkan mimpi dan bunyi di telinga.
3. Tidur yang betul-betul lena (takde gangguan dalam tidur).
4. Tidur yang sedar.
5. Mimpi dalam keadaan mata terbuka.
Ubat yang sekarang ni memang untuk tidur dan rehat. Doktor cadangkan dose 100mg. Tapi saya bincang dengan doktor nak ambil 50mg je iaitu separuh daripada dose cadangan sebab saya ada tanggungjawab untuk siapkan assignment. Doktor pun okay je sebab doktor kata saya boleh tentukan had saya kalau saya nak baiki beberapa kekangan yang ada (penyebab trigger anxiety). Asalkan tak boleh ambil lebih dari 100mg (dose cadangan). Saya pernah tak makan ubat. End up memang nampak lah bezanya ambil ubat dan tidak ambil ubat. Saya tak tidur langsung dan memang akan ada banyak benda yang keluar kat kepala saya. Bila saya makan ubat, 30 minit je dah tertidur. Sekarang, apa-apa keadaan pun, memang saya kena induce dengan ubat untuk rehatkan fungsi kepala saya.
Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi laman ini 😁.
Jazakillahi khair (Semoga segala kebaikan kembali kepada anda)
Comments
Post a Comment