Skip to main content

Diary As Student || (Part 3) Journalling Mengendalikan 'Terlebih Beremosi' Ketika Ada Judgement Dari Sekeliling!

Bismillah, assalamualaikum

"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"


Disclaimer : 

Ini bukan ruangan 'toxic positivity' dari saya. Tapi ini adalah ruangan pembelajaran untuk kita semua. Catatan ini adalah kumpulan informasi / ilmu yang saya kumpulkan dari orang-orang yang saya jumpa ketika proses rawatan. Kalau anda rasa anda adalah seorang yang terlalu negatif atau selalu digelar negatif oleh seseorang, ketahui lah saya juga dulu begitu. Tapi saya nak share sesuatu dengan korang tentang proses rawatan saya dan apa yang saya belajar. Jom belajar sesuatu!


Ilmu ni saya perolehi dari rawatan saya dengan Ustaz Ishak, Pakcik Helmi, Perawat Syifa' di Pusat Rawatan Syifa' (Beranang), Darul Syifa Harun Din Bangi, dan Pusat Rawatan Islam UPM.


Dekat bawah ni adalah beberapa  situasi / ayat yang biasa seseorang 'pesakit mental' terima dari orang sekeliling. Tapi jangan risau kawan-kawan yang berjuang semua. Kita jangan develop negative thought lagi tapi kita kena tau tackle apa ilmu (hikmah) di sebalik setiap ayat-ayat dari orang-orang yang Allah pertemukan dengan kita pada hari ni. So, jom kita go through satu persatu!


(PART 3)

Ayat Individu A kepada SAYA :

3. "Sabar tau. Kena sabar. You'll get over it."


👉Cara kendali : 
Lebih baik bertanya soalan sebagai tanda kita nak tau/ interested tentang maksud daripada penyampai daripada mengadakan konflik mulut/pendaman emosi yang lain (pendaman emosi ni adalah cara korang menyakiti diri sendiri sebenarnya. InsyaAllah saya explain dekat entri lain sekiranya sempat). 
Ini adalah skill / kemahiran berkomunikasi yang biasanya kurang dari diri seorang 'pesakit mental'. Benda ini lah yang menyebabkan pesakit selalu dipandang/dianggap terlalu negatif dalam menanggapi sesuatu situasi.


📗Ilmu / Hikmah yang terdapat dalam situasi ini ? 
Sebab kehidupan ibarat proses belajar. Bertemu dan berpisah kita di atas dunia ini adalah untuk saling melengkapi (setiap individu sepatutnya ada 'give and take'). Kita minta orang lain menjadi listener yang baik tetapi kita sendiri tidak ingin menjadi seorang listener yang baik. Adakah kita cukup adil dalam menangani sesuatu situasi itu?


SOALAN : Apa maksud 'give and take' tu?  
Jawapan di link tersebut:
[Link belum tersedia. Masih dalam bentuk draft. InsyaAllah akan dikemaskini dari semasa ke semasa]



Nak tau satu perkara menarik? Saya pernah rasa malu tentang situasi ini.

Sebelum itu untuk faham cerita di bawah, perlu diingatkan :
'Individu A' merujuk kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa di atas muka bumi ni.
'SAYA' merujuk kepada sis dan awak-awak yang sedang membaca ni.


📜Penerangan tentang ayat Individu A ni:
"Sabar tau. Kena sabar. You'll get over it."

Perkara 1
"sabar tau. Kena sabar."
Ayat dari Individu A ni sebenarnya adalah kata-kata dari Al-Quran yang selama ni kita sebagai 'SAYA' deny. 

QS Al-Asr, 103 : Ayat 1-3

وَٱلْعَصْرِ ١
Demi Masa. 
(Nak tau sesuatu? Sebenarnya Individu A dan SAYA ni berjumpa atas Qadarullah iaitu takdir Allah yang Allah telah tulis di Luh Mahfuz. Dan Individu A itu telah menggunakan masanya kerana Allah, untuk menjadi listener SAYA 🤯 Jadi, tak mungkin SAYA membuang masa mereka? Apa keperluan pertemuan ini sebenarnya?)



إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ ٢
Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
(Siapa manusia yang Allah maksudkan ini?😨)



إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ ٣
Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
(Ayat "sabar tau. Kena sabar." dari Individu A ni sebenarnya Individu A sedang saling menasihati untuk kesabaran mengikut apa yang diajarkan dalam Al-Quran. Itu lah apa yang Individu A telah lakukan dalam takdir/ pertemuan yang Allah atur dengan SAYA. Sekarang tugas SAYA sebagai peluah adalah? MUHASABAH DIRI! )
 

Dan lebih mengejutkan lagi, bukan ke Individu A juga sedang menjalankan tujuan hidup dia sebagai a'bid (QS Az-Zariyat, 51 : 56 ) dan khalifah (QS Al-Baqarah, 2:30) untuk saling berpesan-pesan dengan kebenaran. Kisah ni bersambung di Perkara 2.




Perkara 2
You'll get over it."
Ayat Individu A iaitu "You'll get over it" adalah sejenis ayat kebenaran sebenarnya (cuma cara penyampaian yang berbeza / menggunakan ayat sendiri) sebab Allah menggerakkan takdir hidup Individu A untuk bertemu dengan SAYA dan menasihati SAYA tentang ayat 4-5 dari Quran surah Ad-Dhuha🤯🤯🤯 Tapi Allah nak SAYA berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan Dia. Sebab tu ayat Individu A kurang nampak macam menasihati dari kaca mata SAYA. Sebab mungkin ke SAYA belum go through maksud ayat-ayat dari Al-Quran (tadabbur Al-Quran)? 

QS Ad-Dhuha, 93 : Ayat 4 - 5

وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ ٤
Dan sesungguhnya yang kemudian itu lebih bagimu daripada yang permulaan


وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ ٥
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha dan berpuas hati.
ATAU
Dan sesungguhnya kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaanNya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.


"YOU'LL GET OVER IT!" juga adalah kata-kata semangat dan harapan dari individu A yang telah diizinkan oleh Allah untuk keluar dari mulut Individu A kepada SAYA.



~ RENUNGAN SEKEJAP ~
Jadi, adakah manusia yang Allah maksudkan di dalam QS Al-Asr, 103: Ayat 2 tu ditujukan kepada SAYA??

"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" itu sebenarnya ialah ... 😨
Ya tepat sekali! SAYA lah orang nya. Kalau SAYA masih adopt sifat suka berkonflik lepas dapat nasihat / teguran daripada orang, SAYA akan rugi sangat-sangat. At least Individu A dah satu langkah ke depan sebab dia telah buat tujuan hidupnya kerana Allah untuk beberapa detik (masa) tadi! Macam mana dengan saya?




RUANGAN REFLEKSI KENDIRI :
i. Adakah sekarang SAYA rasa mentadabburi (memahami isi) Al-Quran adalah sesuatu yang penting? 
ATAU
ii. Adakah SAYA rasa cukup dengan sekadar membaca Al-Quran dalam Bahasa Arab? 



🎈Solusi / Cadangan untuk membalas yang terbaik dari pihak 'SAYA' kepada Individu A : 
"Boleh awak ajar saya cara sabar yang betul?" 
(sebab SAYA tak sabar nak jadi orang dengan personaliti baru yang ALLAH suka ! Alamak, nampak terlalu bersemangat pula SAYA😅😆)
InsyaAllah ini adalah salah satu cara kita melakukan tujuan hidup kita sebagai a'bid iaitu dengan menuntut ilmu.



Mungkin akan terdetik soalan seperti ini dalam diri kita semua
SOALAN 1 : "Kenapa SAYA kena tanya soalan ini? SAYA lebih pandai bersabar dari Individu A".

Okay, tarik handbrake dulu! SAYA dah terlalu mendongak ke langit ni. SAYA juga mungkin akan terbabas di simpang lain /gaung kalau SAYA terus adopt attitude ni dalam diri SAYA.

Ini attitude sape sebenarnya? Inilah attitude Sang Iblis, wahai SAYA. Bukan ke Iblis antara makhluk yang suka merasa dirinya baik? Ingat lagi tak peristiwa Iblis disuruh oleh Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam tetapi Iblis ingkar kerana merasa penciptaan dia lebih baik daripada manusia. Sama lah juga dari situasi SAYA. SAYA rasa SAYA dah cukup baik sebab Allah ajar SAYA dari awal cara untuk bersabar melalui kehidupan SAYA. Sedangkan mungkin itu baru pembelajaran level 1. Sekarang SAYA berjumpa dengan orang lain. SAYA akan belajar tentang sabar dalam level yang berbeza (Iktibar dari kisah Nabi Musa belajar dengan Nabi Khidir). Sebab apa? Sebab orang lain juga sedang berada di fasa ujian masing-masing dan mereka juga sedang belajar tentang bersabar. Adakah SAYA ingat SAYA sorang je yang sedang belajar topik bersabar dalam hidup ni? Bukan ke setiap orang Allah akan uji level keimanan dia untuk tentukan dia layak atau tidak masuk syurga Allah? Maksudnya semua orang sedang diuji dengan sabar sebenarnya. 

Ini adalah pesanan dari SAYA kepada SAYA. Kena ingat yang SAYA ni manusia. 'Fikiran & hati' manusia tu mudah berbolak-balik. Kenapa? Kerana ALLAH YANG MAHA MENCIPTA, MENGAWAL, MENGATUR keseluruhan diri SAYA. Bukan SAYA yang uruskan diri SAYA.


SOALAN 2 : "Jadi apa patut SAYA buat? SAYA dah terlalu geram dengan mereka yang judge SAYA ni!!"😭😭😭
a) Sedar dahulu yang SAYA memang perlu belajar.
b) SAYA tidak perlu bersaing siapa yang paling pandai bersabar kerana sebenarnya kepakaran yang SAYA rasa ada pada diri SAYA hari ini (contohnya : pandai dalam bersabar) adalah bersifat sementara dan level dia berbeza dengan level-level yang akan datang.
c) SAYA perlu tau yang ALLAH MAHA MEMBOLAK-BALIKKAN segala perkara pada diri SAYA. Kerana itu, pada hari ini mungkin SAYA nampak diri orang lain diuji,  kemudian SAYA mula memperlekehkan / memperkatakan ujian mereka dengan tidak reti bersabar atau mungkin SAYA berbangga dengan keadaan diri SAYA (seolah-olah Allah lebih sayang SAYA berbanding mereka/ Individu A kerana saya terlebih dahulu diajar tentang bersabar. Sedangkan SAYA tak tau pun ujian orang lain macam mana). Akhirnya, pada masa akan datang, Allah uji pula SAYA dengan situasi yang sama seperti mereka untuk melihat keupayaan SAYA untuk menghadapi ujian yang sama. Dan lihat lah diri SAYA pada masa diuji itu. SAYA sendiri mungkin belum berada di level orang tersebut pun sebenarnya!
d) SAYA tau yang sabar adalah sejenis ibadah. Tetapi sekiranya SAYA tidak belajar dan menambahkan ilmu, SAYA tidak mungkin tau cara sabar (beribadah) yang betul, dan SAYA tidak mungkin dapat melakukannya secara istiqamah (berterusan).
e) SAYA mungkin rasa SAYA dah cukup / paling pandai bersabar daripada orang lain. Tetapi betul ke SAYA dah cukup bersabar?
f) SAYA rasa SAYA lebih pandai bersabar dari orang lain. Betul ke pandangan SAYA?


Hahaha 😂😂confuse baca entri sis sebab banyak sangat perkataan SAYA. Ye, itulah yang perlu kita semua buat senanya. MUHASABAH DIRI SENDIRI. Diri sendiri tu sape? SAYA! Orang yang sedang menaip ni ATAU yang sedang membaca ni 😆😆


QS Al-Ankabut, 29: Ayat 2

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ٢
 Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)



Baiklah itu sahaja dari sis untuk Part 3. InsyaAllah akan ada Part seterusnya untuk menghuraikan lebih banyak situasi yang dialami oleh SAYA dan cara menanggapi situasi tersebut dengan tenang tanpa menimbulkan lebih banyak aura negatif / konflik dalam apa-apa situasi! 


🚝🚝🚝🚝🚝🚝🚝


Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi laman ini 😁. 

Jazakillahi khair (Semoga segala kebaikan kembali kepada anda)


Comments

Popular posts from this blog

Blog 2 || Course Biologi Sel dan Molekul UPM?

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Bidang Biosel Molekul (Biologi Sel dan Molekul)? Pasal apa tu? Hah, untuk adik-adik yang sedang mengisi permohonan UPU atau dah dapat tawaran dalam course ni, meh sini akak nak cerita sikit. Bidang ni seronok untuk orang yang minat:      1. Membaca journal / artikel     2. Eksperimen     3.  Menaip lab report dan seorang introvert. Ehh, hahaha yang ekstravert jangan salah faham😂. Hangpa pun boleh join. Meh ler kenal-kenal dengan course ni! Sebelum tu, akak ni pelajar tahun 2 Biologi Sains Sel dan Molekul di UPM. Akak dapat tawaran course ni pilihan yang ke 7 senanya. Tapi takpe. Alhamdulillah dapat juga tawaran belajar. Ada yang sama dengan akak ke? Boleh ler komen di bawah. Sebenarnya waktu akak tahun 1, subjek yang akak belajar banyak related dengan mikroorganisma , sel , pastu...

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 1 Biologi Sel dan Molekul Saya!

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Terus je na ke topik kita. Ni adalah senarai topik yang akak belajar time sem 1 tahun 1. Tapi akak belajar dalam bahasa Inggeris. Yang English biasa-biasa tu, sama lah kita. So, jangan lupa adakan kamus untuk dirujuk. Akak belajar guna google translate je. Tapi kan, akak nak bagitau, ada subjek-subjek ni yang relate to each other. So, untuk fahamkan notes, kalau boleh jangan pilih-pilih subjek mana yang korang suka sebab mana-mana subjek pun penting.  Untuk semester 1 ni, mode semua subjek adalah berbentuk kuliah. Jadi di sinilah korang akan grab knowledge sebanyak mungkin sebelum masuk lab. Dulu waktu awal-awal sem 1, kitorang dah didedahkan dulu dengan jenis mikroskop yang kita akan guna in future. Mikroskop ni ada dekat Institut Biosains UPM (IBS).  So, ini topik yang akak belajar dulu da...

Frequently Ask Question (FAQ) tentang Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul.

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, a ssalamualaikum geng!  "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Entri kali ni agak panjang. Jadi bolehlah sediakan air atau kudapan hahaha. 1. Apa beza course 'Bachelor of Science in Cell and Molecular Biology (Hons)' dengan 'Bachelor in Biology (with hons)' yang pure biology tu? Akak pernah tanya kawan-kawan akak dari Bachelor in Biology ni masa akak buat internship dekat MGVI. Dorang kata, benda yang dorang belajar agak umum. Tapi course dorang masih ada belajar serba sedikit pasal course kita macam tissue culture (UPM/ UMT). Tapi, basically kawan akak dari UMT kata, untuk course Bachelor Biology ni, kena sambung belajar lagi untuk lebih berfokus dalam career. Berbeza dengan Course Bachelor of Science in Cell and Molecular Biology ni, sebab dari first year lagi dah berfokus kepada hanya sel & molekul, gene, protein, microbe,...

Blog 5 || Dari Kolej Serumpun ke Kolej Canselor..

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" **Sebelum mula, sedikit maklumat tambahan untuk adik-adik.

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 4 Biologi Sel dan Molekul Saya!

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" 1. BSM3203 Teknik Penyelidikan dalam Biologi Molekul Topic 1 Properties & Analyses of Nucleic Acid Topic 2 Nucleic Acid Extraction Topic 3 DNA / RNA Blots, Hybridisation & Probe Labelling Topic 4 DNA Fingerprinting & Molecular Marker Topic 5 cDNA Library Construction & Screening Topic 6 Hybridization & Detection (Video only) Topic 7 DNA Sequencing (Video only) Virtual Lab (Game) Topic 8 Expressed Sequence Tags (ESTs) DNA Microarray Methodology (Video only) DNA Microarray (Video Only) Topic 9 cDNA Microarray Topic 10 Real-Time PCR (qPCR) Practical Note qPCR Topic 11 Protein Gel Electrophoresis Topic 12 In Vitro Protein Translation Lab Manual :  2. BSM3401 Kultur Sel & Tisu Haiwan Lecture Notes:  Topic 1 Introduction to Animal Tissue Culture Topic 2 Laboratory Layo...

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 3 Biologi Sel dan Molekul Saya!

  Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" 1.  BCH3002 Biokimia Komprehensif ll Topic 1 Photosynthesis Topic 2 Introduction to Metabolism Topic 3 Carbohydrate Metabolism Topic 4 Amino Acid & Protein Catabolism (Part 1) Topic 5 Amino Acid & Protein Catabolism (Part 2) Topic 6 Biosynthesis of Amino Acid Topic 7 Bioenergetic & Thermodynamic Topic 8 Nucleotides Metabolism (Part 1) Topic 9 Nucleotides Metabolism (Part 2) Topic 10 Nucleotides Metabolism (Part 3) Topic 11 Lipid Metabolism 2.  BSM3501 Kultur Sel & Tisu Tumbuhan Lecture Notes:  Topic 1  Introduction to Plant Tissue Culture Topic 2 Tissue Culture Medium Topic 3  Application of Plant Tissue Culture Technology in Agroindustry Topic 4  Totipotency Topic 5 Organogenesis &  Somatic Embryogenesis Topic 6  Protoplast Culture Topic 7  Embryo Culture Topic 8  Anther Culture & Ovule Culture Topic 9 ...

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 6 Biologi Sel dan Molekul Saya!

  Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" 1. BSM4502 Biologi Sel & Molekul Tumbuhan Gunaan  (belajar aplikasi) Topic 1 Introduction to Plant Biotechnology Topic 2 Development & Design Transgenic Plants Topic 3 Vector Design & Construction Topic 4 Promoter & Marker Gene Topic 5 Analysis of Transgenic Plants Topic 6 Molecular Markers Topic 7 Genome Editing Topic 8 Omics Technologies Topic 9 Functional Genomics Lab Manual 2. BSM4203 Diagnostik Molekul (Menggunakan kemahiran yang ada untuk kenalpasti penyakit)  Topic 1 Introduction to Molecular Diagnostics Topic 2 Application of PCR Technology in Molecular Diagnostics Topic 3 Principles & Application of Flow Cytometry Topic 4 Molecular Oncology - Introduction to Cancer Biology Topic 5 Gene & Chromosomal Mutations in Solid Tumors Topic 6 Molecular Cytogenetics - Technique for Detection of Chromosomal Abnormality Topic 7 Human Leukocyte Ant...

Blog 1 || My First Blog!!

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum geng! Orait, so sebelum mula, kita selawat dulu na. Dapat sama-sama kumpul pahala, kan? "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad."  Hah sekarang baru boleh mula. Harini sebenarnya Sya excited sangat sebab ni kira first time ni buat blog. Tapi kan, tak tau nak buat content apa dengan blog ni sebab tujuan utama Sya try buat blog ni pun sebab nak explore macam mana benda ni berfungsi. Orait takpe, apa kata hari ni kita sembang-sembang je dekat sini. Sambil-sambil tu kita asah bakat menulis ceq na. 😉 Sebenarnya, ada satu hari tu, time dengar forum kerjaya pasal bidang Sya, ada satu point dalam forum tu, dia tekankan tentang kemahiran yang graduan perlu ada untuk kerja nanti. Memandangkan Sya tak tau nak kerja apa lagi nanti, so Sya nak cuba-cuba lah explore sebanyak mungkin skill yang boleh . Sebenarnya, untuk bidang Sya banyak yang r...

Diary As Student || Saya Stop Blogging Sekejap ye.. InsyaAllah Nanti Saya Update Semula

  UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Hi semua! Mungkin ramai yang belum tahu.. Sebenarnya saya masih lagi student degree yang akan berada di Semester 1 tahun 3 pada sem yang akan datang. Pada 18 Oktober ni saya akan mula kelas secara hibrid semula. Jadi, untuk sementara waktu ni mungkin saya akan berehat sekejap dari blogging atas sebab nak beri tumpuan pada pelajaran saya. InsyaAllah saya akan start semula blogging bila ada masa santai atau cuti semester nanti. Sehingga bertemu korang semula pada blog yang akan datang. Saya tak sabar nak dapatkan lebih banyak pengalaman untuk share dengan korang semua. Ohh ya, korang jangan segan-segan untuk tinggalkan soalan atau cadangan untuk penambahbaikan blog saya ni. Doakan perjalanan saya sebagai student dipermudahkan untuk semester-semester yang akan datang ni ye. Semoga segala keba...