Diary As Student || Menjadi Gadis Dewasa :: Tips Susun Emosi @ Perasaan Dalam Kepala (Cognitive Behaviour Therapy)
Bismillah, assalamualaikum
"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"
🌸Perkara yang diperlukan untuk susun Emosi / Informasi / Perasaan yang berbelah bahagi :
1. Perasaan
2. Reason
3. Solution
4. Prinsip hidup
PERASAAN SAYA SEKARANG
1. Risau : Untuk Internship.
Reason :
- Saya tak habis belajar semua course lagi.
- Saya nak kena jumpa macam-macam jenis manusia.
Solution :
> Saya boleh belajar secara praktikal dulu. Bila habis internship & masuk semester baru, saya dah ada pengalaman secara praktikal dan lebih mudah untuk saya faham & imagine apa yang saya tengah belajar secara teori.
> Semua makhluk tu dari Allah. Segala emosi yang ada pada orang tersebut juga telah diatur oleh Allah di Luh Mahfuz. Saya hanya perlu hadap sebagai ujian kalau seseorang itu melayani saya dengan buruk dan bersyukur berjumpa dengan orang yang baik-baik.
> Tapi, saya juga ada hak untuk mempertahankan diri saya. Jujur je dengan orang lain tentang keadaan diri yang menyebabkan saya tidak sempat menghabiskan dahulu pelajaran saya sebelum internship. Kejujuran bukan bukti kelemahan saya sebab saya ada reason yang kuat.
> Saya yakin ke mana-mana saya pergi dan siapa pun yang saya jumpa adalah sumber inspirasi atau iktibar untuk saya. Saya boleh belajar dalam apa jua keadaan dan dengan sesiapa pun sebab ilmu itu tidak terhad pada sesuatu keadaan atau tempat sahaja.
> Saya kena usaha juga untuk jauhi perasaan avoidance tu sebab saya dah dewasa. Setiap apa yang ditegur adalah untuk menambahkan pengetahuan saya.
2. Takut : Diperli atau kena marah dengan SV Intern.
Reason :
- Sebab belum faham semua yang sepatutnya saya belajar secara teori & sebelum intenship.
Solution :
> Tapi saya kan tangguh, so memang valid lah kalau saya tak sempurna faham semua yang sepatutnya saya faham secara teori sebab saya belum ambil lagi certain course. Jujur je people 🌝
3. Cemburu : pada kawan-kawan course & SISPA batch saya?
Reason :
- Kawan-kawan course batch saya akan berada di last semester pada semester yang akan datang & tak lama lagi diorang akan grad. Kawan-kawan SISPA saya juga akan ditauliah pada semester akan datang.
Solution :
> Saya perlu berbalik semula kepada kekuasaan Allah. Segala perkara diatur oleh Allah. Semua yang Allah atur adalah yang terbaik. Mesti ada hikmah yang baik di sebalik perkara yang terjadi pada saya. Saya tak sepatutnya menyesal dengan aturan Allah. Saya diatur oleh Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui jalur dan hala tuju hidup saya.
> Setiap orang ada path yang berbeza yang Allah dah atur. Saya perlu mendapatkan rawatan, disebabkan itu saya terpaksa menangguh semester dan menghabiskan pelajaran dalam course saya dan SISPA agak lambat dari timing yang ditentukan.
> Reason saya datang universiti adalah untuk belajar. Setiap orang mempunyai keupayaan belajar atau mendapatkan informasi yang berbeza. Saya tak layak membandingkan diri saya dengan kawan-kawan saya sebab diorang mampu. Saya juga mampu tapi pada tempoh yang berbeza. Saya kena bersyukur dengan keupayaan yang Allah dah cipta pada diri saya. Dan saya kena sayang diri saya sebab tak ada sesiapa yang akan kisah pasal diri saya melainkan saya lah yang sepatutnya menyayangi diri saya.
> Saya juga insyaAllah akan graduate dan tauliah SISPA tapi mungkin agak lambat sedikit dari kawan-kawan saya. Hikmahnya saya dapat belajar dalam lab dan tidak tertinggal apa-apa jenis amali lab disebabkan faktor ODL. Kawan-kawan saya mungkin agak kurang dari segi itu. Jadi saya sepatutnya kerap bersyukur dan keep menghayati kekuasaan Allah. Begitu juga dengan tauliah, insyaAllah kalau ada rezeki saya akan tauliah.
4. Rendah diri : Bila kawan-kawan saya tanya bila saya akan graduate & kenapa saya tangguh semester.
Reason :
- Saya tak suka cerita tentang diri saya dekat orang luar. Tapi bila perkara macam ni berlaku, saya tak boleh elak dari memberitahu & menjelaskan kepada mereka tentang kekangan diri saya ketika saya menangguh semester.
- Tak sanggup nak tengok reaction muka kawan-kawan saya bila saya cerita masalah saya. Saya risau dorang perli kelemahan saya? Saya risau dorang fikir saya suka avoid semua benda.
Solution :
> Kawan-kawan saya tak kisah pun lah dengan apa-apa yang saya alami. Saya kan diatur oleh Allah, mestilah dorang pun faham yang segala kekangan tu pun datang dari Allah.
> Kenapa pula saya kena rendah diri dalam soal kesihatan saya? Bukan ke sakit itu penyebab penghapus dosa.
> Saya tau yang tak semua orang suka mendengar masalah orang lain. So, apa masalahnya? Buat diari, sis!
> Saya tak sama dengan orang lain. Saya sayang diri saya disebabkan perbezaan cara fikir dan cara ambil ibrah tentang kehidupan. Saya suka apa yang Allah ciptakan untuk diri saya. Saya suka cara Allah atur hidup saya. Saya suka bila saya unik dari kawan-kawan saya. Saya sepatutnya bersyukur bila saya dapat yang terbaik dari Allah sebagaimana kawan-kawan saya juga dapat yang terbaik dari Allah.
5. Confuse / Keliru : Saya ni batch mana sebenarnya?
Reason :
- Almost semua batch student course saya dari junior sampai batch senior saya pernah join dan SISPA juga.
Solution :
> Apa kepentingan saya fikir semua ni?
> Kenapa saya kena kisah tentang saya batch yang mana satu? Bukan ke saya batch 2019/2020? Bukan ke semua orang adalah kawan-kawan saya?
> Kenapa saya nak kena confuse dengan semua benda-benda ni?
> Kenapa saya kena serabutkan otak saya dengan semua benda-benda ni?
SOALAN UNTUK PRINSIP HIDUP :
~ Kenapa saya belajar dekat universiti?
~ Kenapa saya kena jealous dengan pencapaian kawan-kawan saya?
~ Kenapa saya takut kalau grad atau tauliah lebih lambat daripada kawan-kawan saya?
~ Kenapa saya takut bila kawan-kawan saya atau lecturer tanya pasal keadaan diri saya?
~ Apa masalahnya kalau pathway hidup saya berbeza daripada kawan-kawan saya?
~ Dan lain-lain kalau ada..
Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi laman ini 😁.
Jazakillahi khair (Semoga segala kebaikan kembali kepada anda)
Comments
Post a Comment