Bismillah, assalamualaikum
"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"
" Tadi, lepas terawih, aku terjumpa sorang kawan SISPA aku, aku panggil dia A lah ye.. memang duduk sebelah-sebelah je time solat.. tiba-tiba teringat yang dia dulu selalu jalan berdua je dengan sorang kawan perempuan dia ni.. kawan dia ni SISPA jugak, so aku letak nama dia B.. before this, kalau jumpa dorang ni mesti dekat surau selain time kelas SISPA.. Tapi, mcm beberapa sem lepas aku sambung belajar semula ni, baru aku perasan, lama dah tak nampak B ni.. Pastu lepas habis solat witir tu, sempat lah tanya A pasal B ni.. dia kata B ni dah pindah sebab dapat tawaran SPA.. "
Tiba-tiba aku ter 'refleks' sekejap tentang hidup aku ni.. berkaitan Qada' & Qadar tu.. Dulu, aku ingat buat keputusan tangguh sem satu benda yang lari sangat dari life orang normal, sampai rasa takut tau nak decide walaupun tau yang aku memang kna buat keputusan tangguh sem sebab tak sihat.. macam-macam lah yang aku risau.. lambat graduate daripada orang lain, takut lari dari flow kehidupan kebanyakan orang, risau orang kata apa dan banyak lagi..
Tapi kan, sebenarnya life kita ni memang lain daripada orang lain pun..
Ada orang yang dari degree terus lompat PhD (tanpa amik master),
Ada orang yang dah 2 tahun belajar, tiba-tiba dapat tawaran dalam kos lain,
Ada orang lepas SPM terus kerja,
Ada orang dapat tawaran lain tengah-tengah belajar,
Ada orang terpaksa berhenti belajar sebab nak bantu parents,
Ada orang duration belajar dia 3 tahun setengah je untuk degree,
Ada orang tak nak sambung belajar dah sebab nak kahwin,
Dan mungkin banyak lagi situasi yang berbeza di luar sana,
Tapi apa-apa pun, dalam hidup ni kena tau bawa diri dan bersedia dengan apa-apa sahaja takdir yang Allah dah rancang.
Siapa sangka,
satu lukisan dress angan-angan 2D yang aku lukis waktu tahun 3, design dress tu dah terjual waktu aku form 3 dan aku dah beli dan pakai masa hari raya Aidilfitri tahun 2015 dan hari graduasi Tingkatan 5 aku pada tahun 2017..
Siapa sangka,
angan-angan untuk dapatkan course Patologi Pertuturan di UKM/USM @ course psikologi kaunseling di UKM/UPM berakhir dengan aku dapat course Biologi Sel dan Molekul di UPM dengan Qadarullah,
Siapa sangka,
butir-butir doa pengharapan untuk dapat 1 phone baru waktu tahun 2018, jadi satu kenyataan bila ayah sendiri tergerak nak beli waktu hujung tahun 2018 tanpa tau pun rahsia dalam doa kita dan tanpa kita paksa,
Siapa sangka,
masuk SISPA dengan kawan-kawan dari batch 2019/2020, tapi tauliah SISPA dengan kawan-kawan dari batch 2020/2021,
Siapa sangka,
Qadarullah aku perlu melalui FYP A dahulu, tangguh pengajian 1 semester, internship dahulu sebelum sambung dengan FYP B,
Siapa sangka,
dapat tajuk FYP tentang protein untuk treatment penyakit berkaitan darah dan dalam masa yang sama aku ada diagnosis penyakit yang berkaitan dengan darah juga,
Banyak rupanya benda yang menyeronokkan bila kita biarkan Allah yang tentukan seluruh kehidupan kita.
Al-Quran, Surah At-Talaq, 65: Ayat 2-3,
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًۭا ٢ ...
... dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍۢ قَدْرًۭا ٣
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi laman ini☺.
Jazakillahi khair (Semoga segala kebaikan kembali kepada anda)
Comments
Post a Comment