Skip to main content

Blog Study Saya || My Internship Diary Sem 6 Biologi Sel dan Molekul Saya!

 Bismillah, assalamualaikum

"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"


Tak sure nape min nak share sangat benda ni dgn korang. Rasanya patut share dekat blog je sebab boleh jadi sebagai rujukan sendiri nanti. Tapi sebab min ada ramai juga kenalan dari course yang sama dan berkaitan, so kenapa tak share kan? Masa kelas Basic Technique of Microbiology (BTM) dulu, selalu je rasa frust bila nak prepare slide. Ada beberapa reason lah senanya. 

1. Limited microscope.

2. Dah prepare slide, kena tunggu turn pula.

3. Bila dah turn sendiri, tengok kat microscope tak nampak apa.

4. Pastu kena repeat. Tapi tak troubleshoot kat mana yg silap.

5. Buat benda yang sama sebab tak tau silap kat mana.

6. Slide tak cukup pastu giveup.


Btw yg ni bukan berniat nak cerita kekurangan sesiapa tau. Sebab bagi min, tak kisah lah apa pun situation, kalau kita tau nak adapt, and ada knowledge pasal sesuatu yg berkaitan, insyaAllah tak jadi masalah pun. Tapi sebab masa tu, knowledge min maybe tak banyak lagi sebab teknik belajar tu tak berapa sesuai dengan min. Experience pun sikit (time kelas tu je lah) and min pun kena banyak praktis senanya baru lah confident dengan sesuatu skill tu and baru nampak berapa byk benda yg kena consider utk prepare slide yang boleh view something under microscope nanti. Bukan setakat slide tu je. Banyak je benda yang memang min kena try sbb min baru faham. Ye lah sebab cara belajar kita pun berbeza kan. Min ni jenis yang kena cuba baru nampak benda tu. Biar lah nampak tak bijak / jahil sekali pun just sebab cerita dekat korang benda2 basic/ common sense. Sebab bagi min, kita tak pernah tau apa benda yang kecil sangat kat mata kita, tapi sgt penting untuk mewujudkan yang besar.


Tbh, time intern ni lah min banyak belajar senanya. 

Especially, basic skills mcm preparation slide, aseptic technique yang betul (ada yang jenis takut2 kan dekat dengan flame, pastu buat ikut syarat je. Tapi senanya ada cara yang betul tau untuk aseptic technique), streaking pun, calculation to prepare media/ buffer, pipetting tu pun smpai sekarang min tak tipu, min still belum perfect. Tbh masa belajar dalam kuliah dulu, banyak benda yang min tak berapa nampak especially tentang kat mana nak apply semua benda yg kita belajar ni. Min memang jenis kinestetik tau. Kena belajar by experience, kena tengok application dia dekat mana, nak tau kesinambungan prosedur tu dari awal sampai akhir supaya faham apa benda yang berlaku / kena praktis / tengok demo / try sendiri / allow diri untuk cuba, tak kisah lah reti ke tak reti ke, buat je dulu. Silap, tanya org apa senanya cara yang betul, ingat apa yang silap dan betulkan semula. Belajar terima kesilapan/ betulkan time to time.


By the way, esok last min dekat MGVI as LI trainee. Best senanya the overall. Biarlah kena marah berapa banyak kali pun dengan SV. Kalau min ingat semula, yup memang semuanya adalah nasihat sebenarnya. Alhamdulillah min tak pernah kena marah tanpa sebab. Dan ye memang ini lah masanya untuk min reflect semula berapa banyak yang min dah belajar masa kuliah haritu dan berapa banyak yang min dah faham tentang course ni dan application dia.


Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi laman ini. 

Jazakillahi khair (Semoga segala kebaikan kembali kepada anda).

Comments

Popular posts from this blog

Blog 2 || Course Biologi Sel dan Molekul UPM?

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Bidang Biosel Molekul (Biologi Sel dan Molekul)? Pasal apa tu? Hah, untuk adik-adik yang sedang mengisi permohonan UPU atau dah dapat tawaran dalam course ni, meh sini akak nak cerita sikit. Bidang ni seronok untuk orang yang minat:      1. Membaca journal / artikel     2. Eksperimen     3.  Menaip lab report dan seorang introvert. Ehh, hahaha yang ekstravert jangan salah faham😂. Hangpa pun boleh join. Meh ler kenal-kenal dengan course ni! Sebelum tu, akak ni pelajar tahun 2 Biologi Sains Sel dan Molekul di UPM. Akak dapat tawaran course ni pilihan yang ke 7 senanya. Tapi takpe. Alhamdulillah dapat juga tawaran belajar. Ada yang sama dengan akak ke? Boleh ler komen di bawah. Sebenarnya waktu akak tahun 1, subjek yang akak belajar banyak related dengan mikroorganisma , sel , pastu...

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 1 Biologi Sel dan Molekul Saya!

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Terus je na ke topik kita. Ni adalah senarai topik yang akak belajar time sem 1 tahun 1. Tapi akak belajar dalam bahasa Inggeris. Yang English biasa-biasa tu, sama lah kita. So, jangan lupa adakan kamus untuk dirujuk. Akak belajar guna google translate je. Tapi kan, akak nak bagitau, ada subjek-subjek ni yang relate to each other. So, untuk fahamkan notes, kalau boleh jangan pilih-pilih subjek mana yang korang suka sebab mana-mana subjek pun penting.  Untuk semester 1 ni, mode semua subjek adalah berbentuk kuliah. Jadi di sinilah korang akan grab knowledge sebanyak mungkin sebelum masuk lab. Dulu waktu awal-awal sem 1, kitorang dah didedahkan dulu dengan jenis mikroskop yang kita akan guna in future. Mikroskop ni ada dekat Institut Biosains UPM (IBS).  So, ini topik yang akak belajar dulu da...

Frequently Ask Question (FAQ) tentang Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul.

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, a ssalamualaikum geng!  "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Entri kali ni agak panjang. Jadi bolehlah sediakan air atau kudapan hahaha. 1. Apa beza course 'Bachelor of Science in Cell and Molecular Biology (Hons)' dengan 'Bachelor in Biology (with hons)' yang pure biology tu? Akak pernah tanya kawan-kawan akak dari Bachelor in Biology ni masa akak buat internship dekat MGVI. Dorang kata, benda yang dorang belajar agak umum. Tapi course dorang masih ada belajar serba sedikit pasal course kita macam tissue culture (UPM/ UMT). Tapi, basically kawan akak dari UMT kata, untuk course Bachelor Biology ni, kena sambung belajar lagi untuk lebih berfokus dalam career. Berbeza dengan Course Bachelor of Science in Cell and Molecular Biology ni, sebab dari first year lagi dah berfokus kepada hanya sel & molekul, gene, protein, microbe,...

Blog 5 || Dari Kolej Serumpun ke Kolej Canselor..

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" **Sebelum mula, sedikit maklumat tambahan untuk adik-adik.

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 4 Biologi Sel dan Molekul Saya!

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" 1. BSM3203 Teknik Penyelidikan dalam Biologi Molekul Topic 1 Properties & Analyses of Nucleic Acid Topic 2 Nucleic Acid Extraction Topic 3 DNA / RNA Blots, Hybridisation & Probe Labelling Topic 4 DNA Fingerprinting & Molecular Marker Topic 5 cDNA Library Construction & Screening Topic 6 Hybridization & Detection (Video only) Topic 7 DNA Sequencing (Video only) Virtual Lab (Game) Topic 8 Expressed Sequence Tags (ESTs) DNA Microarray Methodology (Video only) DNA Microarray (Video Only) Topic 9 cDNA Microarray Topic 10 Real-Time PCR (qPCR) Practical Note qPCR Topic 11 Protein Gel Electrophoresis Topic 12 In Vitro Protein Translation Lab Manual :  2. BSM3401 Kultur Sel & Tisu Haiwan Lecture Notes:  Topic 1 Introduction to Animal Tissue Culture Topic 2 Laboratory Layo...

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 3 Biologi Sel dan Molekul Saya!

  Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" 1.  BCH3002 Biokimia Komprehensif ll Topic 1 Photosynthesis Topic 2 Introduction to Metabolism Topic 3 Carbohydrate Metabolism Topic 4 Amino Acid & Protein Catabolism (Part 1) Topic 5 Amino Acid & Protein Catabolism (Part 2) Topic 6 Biosynthesis of Amino Acid Topic 7 Bioenergetic & Thermodynamic Topic 8 Nucleotides Metabolism (Part 1) Topic 9 Nucleotides Metabolism (Part 2) Topic 10 Nucleotides Metabolism (Part 3) Topic 11 Lipid Metabolism 2.  BSM3501 Kultur Sel & Tisu Tumbuhan Lecture Notes:  Topic 1  Introduction to Plant Tissue Culture Topic 2 Tissue Culture Medium Topic 3  Application of Plant Tissue Culture Technology in Agroindustry Topic 4  Totipotency Topic 5 Organogenesis &  Somatic Embryogenesis Topic 6  Protoplast Culture Topic 7  Embryo Culture Topic 8  Anther Culture & Ovule Culture Topic 9 ...

Blog Study Saya || Topik-topik Sem 6 Biologi Sel dan Molekul Saya!

  Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" 1. BSM4502 Biologi Sel & Molekul Tumbuhan Gunaan  (belajar aplikasi) Topic 1 Introduction to Plant Biotechnology Topic 2 Development & Design Transgenic Plants Topic 3 Vector Design & Construction Topic 4 Promoter & Marker Gene Topic 5 Analysis of Transgenic Plants Topic 6 Molecular Markers Topic 7 Genome Editing Topic 8 Omics Technologies Topic 9 Functional Genomics Lab Manual 2. BSM4203 Diagnostik Molekul (Menggunakan kemahiran yang ada untuk kenalpasti penyakit)  Topic 1 Introduction to Molecular Diagnostics Topic 2 Application of PCR Technology in Molecular Diagnostics Topic 3 Principles & Application of Flow Cytometry Topic 4 Molecular Oncology - Introduction to Cancer Biology Topic 5 Gene & Chromosomal Mutations in Solid Tumors Topic 6 Molecular Cytogenetics - Technique for Detection of Chromosomal Abnormality Topic 7 Human Leukocyte Ant...

Blog 1 || My First Blog!!

UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum geng! Orait, so sebelum mula, kita selawat dulu na. Dapat sama-sama kumpul pahala, kan? "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad."  Hah sekarang baru boleh mula. Harini sebenarnya Sya excited sangat sebab ni kira first time ni buat blog. Tapi kan, tak tau nak buat content apa dengan blog ni sebab tujuan utama Sya try buat blog ni pun sebab nak explore macam mana benda ni berfungsi. Orait takpe, apa kata hari ni kita sembang-sembang je dekat sini. Sambil-sambil tu kita asah bakat menulis ceq na. 😉 Sebenarnya, ada satu hari tu, time dengar forum kerjaya pasal bidang Sya, ada satu point dalam forum tu, dia tekankan tentang kemahiran yang graduan perlu ada untuk kerja nanti. Memandangkan Sya tak tau nak kerja apa lagi nanti, so Sya nak cuba-cuba lah explore sebanyak mungkin skill yang boleh . Sebenarnya, untuk bidang Sya banyak yang r...

Diary As Student || Saya Stop Blogging Sekejap ye.. InsyaAllah Nanti Saya Update Semula

  UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME". Bismillah, assalamualaikum "Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad" Hi semua! Mungkin ramai yang belum tahu.. Sebenarnya saya masih lagi student degree yang akan berada di Semester 1 tahun 3 pada sem yang akan datang. Pada 18 Oktober ni saya akan mula kelas secara hibrid semula. Jadi, untuk sementara waktu ni mungkin saya akan berehat sekejap dari blogging atas sebab nak beri tumpuan pada pelajaran saya. InsyaAllah saya akan start semula blogging bila ada masa santai atau cuti semester nanti. Sehingga bertemu korang semula pada blog yang akan datang. Saya tak sabar nak dapatkan lebih banyak pengalaman untuk share dengan korang semua. Ohh ya, korang jangan segan-segan untuk tinggalkan soalan atau cadangan untuk penambahbaikan blog saya ni. Doakan perjalanan saya sebagai student dipermudahkan untuk semester-semester yang akan datang ni ye. Semoga segala keba...