Bismillah, assalamualaikum
"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"
MENTAL .
" Kadang perkataan putus asa boleh je hadir pada diri mana-mana orang. Sama juga dengan aku. "
Kajang, 27/2/2023 - Baru harini aku faham kenapa talian bantuan psikologi tu perlu ada. Hari ni bukan pertama kali untuk aku, perasaan kerap nak menangis dan satu perasaan yang berat yang aku tak tau macam mana nak luah dalam hati. Bila semua orang dah start kelas dan kerja macam biasa, aku sedang tangguh semester untuk fokus kepada treatment mental aku. Bukan ubat penyebab kenapa aku tangguh. Tapi keadaan mental yang tak membenarkan aku untuk fokus pada masa sekarang.
Aku mula menangis sebab rasa macam dunia ni sangat sunyi dan tiada orang di sisi aku. Rasa macam ditinggalkan oleh semua orang. Rasa macam dipulaukan dan tiada kawan untuk bersembang dan membuat hobi yang sama. Tapi kenyataannya jiran-jiran aku ramai je yang suri rumah. Cuma suasana taman yang tenang dan tenteram, buat aku rasa macam aku hidup seorang diri di rumah. Bukan tak nak bertegur, tapi faham setiap orang ada tanggungjawab masing-masing yang perlu diuruskan dan diselesaikan. Aku? Hanya nak kan perhatian dari manusia untuk luahkan perasaan. Mungkin perkara tersebut hanya membuang masa orang lain pada pandangan aku.
Satu masa aku fikir tengok cerita kelakar dapat mengurangkan sedikit perasaan tersebut, tapi tak banyak perasaan yang mampu aku ekspresikan sebagai tanda terhibur. Satu masa aku dengar ceramah, perasaan tersebut agak tidak dapat difahami. Mungkin ke kerana aku tak faham isi ceramah tersebut. Aku rasa plain. Satu masa aku rasa mungkin aku patut buat video. Tapi tak. Aku tak rasa rajin nak mengedit. Satu masa aku angkat bakul pakaian baju kotor dan bersih. Menyiapkannya pada tempat masing-masing. Tapi tiba-tiba aku rasa sedih. Sedih sebab aku rasa berat nak buat. Apa yang aku nak buat hanya lah menangis melepaskan perasaan yang menjadi beban selama beberapa hari.
Tarikh appointment dengan Dr lama lagi. Aku pula asyik ada perasaan yang tertekan di dalam hati. Sakit kepala yang rasanya macam panas. Perasaan risau dengan kursus SISPA yang akan bermula pada hujung minggu ni. Perasaan risau untuk start intern dalam keadaan yang sedang aku rasa sekarang. Rasa macam taknak berpisah langsung dengan ahli keluarga. Homesick? Tak lah. Masalahnya dah duduk rumah dah ni, perasaan ditinggalkan tu masih ada. Kalau rindu, peluk je lah mak bila mak balik kerja nanti. Tapi tak. Kenyataannya bukan begitu. Aku cuma rasa nak luahkan apa yang aku alami supaya aku sedar yang aku tak keseorangan dekat dunia ni.
Alhamdulillah, perancangan Allah menjadikan kakak sulung aku seorang suri rumah buat masa sekarang sebab dia sedang menghampiri tarikh bersalin. Dan memandangkan kakak aku tengah free, aku sedar perasaan tu perlu diluah. Alhamdulillah, aku sedar lagi sekali bahawa ini adalah kali keempat Allah hadirkan kakak aku yang selalu ada masa untuk menjadi pendengar. Lama aku bercerita tentang perasaan aku melalui aplikasi whatsapp, aku sedar yang aku dah semakin okay. Kalau tak sepanjang harini rasa nak menangis sebab takde orang langsung dekat rumah melainkan aku.
Talian bantuan psikologi : aku baru faham kenapa perlu ada. Sama reasonnya dengan kakak aku ada masa aku perlu tempat untuk luah.
Geng, jangan malu untuk minta bantuan. Luah lah apa yang korang rasa. Jangan simpan sorang-sorang perasaan tu. Jangan rasa diri lemah sebab perlu tempat untuk meluah. Perempuan atau lelaki, dua2 perlu tempat untuk meluah. Hati ni ibarat botol yang menyimpan segala emosi. Bila dah penuh, dia boleh meletup atau jadi seperti tayar yang bocor (dah takde perasaan).
Okay geng, that's all. Jazakillahi khair. Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment