UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME".
Bismillah, assalamualaikum
"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"
Okay, untuk adik-adik yang mungkin ada masalah kesihatan atau masalah peribadi yang memerlukan pelaksanaan prosedur penangguhan, ini adalah caranya.
1. Google Chrome
2. Taip 'e-SMP login' di search engine
3. Masukkan UPM ID dan Password
4. Di anjung pelajar, tekan 'Menu'
5. Pilih 'MyBorang' > 'Tangguh Pengajian' > 'Permohonan Baru'
6. Kemudian isi form yang ada dan submit.
SURAT YANG DIPERLUKAN UNTUK PENANGGUHAN:
1. Dapatkan surat sokongan untuk apa-apa masalah yang dihadapi dari pihak yang berkuasa
(eg: pihak hospital, kaunselor, surat mobility etc)
2. Tunggu pengesahan surat penangguhan dari e-SMP.
3. Isi surat ketidakhadiran SISPA (Untuk student yang mengambil koko sispa)
4. Buat surat sokongan sendiri untuk penerangan masalah peribadi dengan lebih jelas.
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS ISI FORM PENANGGUHAN DI e-SMP:
1. Hantar semua surat ke alamat emel :
- Dekan Fakulti
- Pejabat Bursar
- Penasihat Akademik
- Ketua Jabatan Kos masing-masing
- Pejabat Kolej
- Penyelia Final Year Project (Sekiranya sedang menjalani Projek Tahun Akhir)
- Pegawai Akademik SISPA (Sekiranya mengambil koko berkredit SISPA)
- Kaunselor (Sekiranya terlibat dengan masalah pelajaran / kesihatan mental)
2. Beritahu kepada semua pensyarah yang mengajar mengenai penangguhan supaya tidak dianggap ponteng kelas.
3. Beritahu coursemate supaya tidak menyusahkan mereka untuk kerja-kerja yang berkaitan assignment kumpulan.
4. Pulangkan kunci bilik di pejabat Kolej masing-masing.
PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU APABILA SURAT PENANGGUHAN TELAH DILULUSKAN:
1. Sistem daftar di e-SMP akan menjadi tidak aktif sepanjang tempoh penangguhan.
2. Sistem Putrablast akan kosong sepanjang tempoh penangguhan.
BERKENAAN YURAN PTPTN KETIKA TEMPOH PENANGGUHAN:
1. Dapatkan surat penangguhan yang telah diluluskan dari e-SMP.
2. Emelkan ke pejabat bursar UPM untuk refund duit yuran (supaya yuran untuk tempoh penangguhan tidak diambil kira).
3. Sila selesaikan dalam tempoh 2 minggu pertama permulaan semester kerana selepas tempoh tersebut permohonan tidak akan dilayan (tak silap saya).
Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi laman ini☺.
Jazakillahi khair (Semoga segala kebaikan kembali kepada anda)
Comments
Post a Comment