UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK POST YANG LAIN, SILA TEKAN BUTTON "HOME".
Bismillah, assalamualaikum
"Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa a'la ali sayyidina muhammad"
Hari ni min rasa down sikit😔.
Tadi ada test Biochem II pukul 2.30pm. Lepastu, masa menjawab 2 jam, means smpai pukul 4.30 petang. Everything went smooth time jawab sampai lah lagi 1 minit nak kena submit jawapan online. Allah.. min punya kalut tu sampai time dah tekan SUBMIT ALL tu, min ingat dia loading lama. Min pun gelabah lah pegi tekan semula. Tengok-tengok time min tekan kali kedua tu, dia dah masuk page luar. Pastu, rupanya min tekan Reattempt. Dan time page reattempt tu, dia kosong semula tau, takdak jawapan langsung. Ya ALLAH, luluh jantung time tu. Tangan pun dah sejuk, kaki dah terketar-ketar. Jawab test online dah menakutkan. Inikan pula bila jawapan tak sampai kat DR. Ya ALLAH... ALLAH je lah yang tau..
Tak pasal-pasal masa DR nak cek sape yg blom submit tu, nama min ada kat situ. Akhirnya, min kena jawab semula pukul 5 pm tu. Time tu semua coursemate min dah left zoom. Min je yang kena tunggu untuk jawab semula test. Nak jawab semula okay je. Tapi mood nak jawab semula tu dah hilang sikit, dah menguap-nguap depan laptop sebab test waktu petang. Tapi alhamdulillah rezeki dapat baca soalan semula. Benda tu memang kena bersyukur sangat-sangat kan. Time kawan-kawan lain semua tengok soalan sekali lalu je. Min dapat tengok soalan berkali-kali sebab tambahan lagi 1.15 jam. Nikmat Allah yang mana lagi yang min kna dustakan?
Dah abis test tu, tiba-tiba rasa macam ganjil. Rasa lonely sebab orang terakhir yang baca message kat group pasal PTC. Dengan rumet balik rumah. Sorang-sorang je duduk dekat bilik kolej. Pastu, min pun telefon mak min, adik min yang jawab. Tapi line sangkut. Depa tak dengar suara min. Another kesedihan.. Terpaksa end call. Tiba-tiba, adik send gambar dorang belanja KFC dekat rumah. Memang keganjilan ye di situ.. Tapi alhamdulillah, suddenly noti ni masuk kat phone min.
Takpelh sampai sini jelah sharing min hari ni. Korang jgn gelabah macam min pulak hahaha!!
Jazakillahikhair. Assalamualaikum!
Comments
Post a Comment